Showing posts with label Kerjaku. Show all posts
Showing posts with label Kerjaku. Show all posts

Tuesday, June 9, 2009

BeSdaY My MeNtEE's



Salam..

Sebelum cuti sekolah dan setelah mereka merdeka daripada exam PPT, saya bercadang nak wat sambutan hari lahir mentee..seramai 7orang daripada 11orang. Sapa menTORnya? Ntoh la yekkk.. . So, setelah dirancang, syukur semuanya berjalan dengan baik. Thaqif pun hadir sebagai tetamu istimewa, amBoii ramainya peminatnya..sampai luper menjerit panggil ibu yea.. .

Tapi sementara tu, ntah cammana PRS dok nak wat jamuan untuk Cegu Ina yang akan bertukar ke Bagan Datoh...ikut suami. Wahh..selamat Datang ke Daerah Hilir Perak. Hehe 2 tahun saya dipinjam orang Perak.. Maka hafal la segala daerah negeri Perak tu. Besau sangat perak tu tapi seronok gak dok sana sebab banyak tempat menarik gak. Insyaallah.. da besar kit anak nanti.. teringin juga nak ajak hubby gi melencong ke Utara. (lupe da loghat utara)..hehe

Ina..ni member baik saya juga sepanjang saya 6 bulan baru bertakhta di sini. Dia banyak membantu. Apakan daya jodoh kami tak panjang, terpaksa berpisah sebagai partner keje dan teman berbicara. Semoga kamu berbahagia berada di sana dan sihat sentiasa. Balik ganu, jangan lupa singgah umah koi ni.














Friday, April 24, 2009

Sehelai sepinggang..yang tinggal

Salam..

Kali ni nak kuceritakan..kisah seorang student yang kehilangan rumah akibat kebakaran. Apa pun jua tidak dapat diselamat tapi syukur alhamdulilah, nyawa tidak tergadai. Rabu lepas, saya dengan beberapa guru serta pelajar..menuju ke tempat tinggalnya di Mentakab. Tiada hujan, petir dan ribut..tetiba api menyambar rumahnya sehingga hangus(kata orang di situ, terbakar sebab litar pintas). Kami melihat tempat kebakaran.., sungguh sedih. Kutipan derma telah dilancarkan di sekolah dan sumbangan ini kami serahkan kepada ibu pelajar ini. Takziah kami ucapkan.. Moga kalian sabar menghadapi dugaan Tuhan..


(1) Habis semuanya..rentung..


(2) Pelajar2 juga datang melawat sambil memberi sokongan kepada nasib rakannya.


(3) Segala dokumen penting dan buku2 tidak dapat diselamatkan.


(4) Api marak sampai ke pokok kelapa dan pokok mangga. Tinggi tuu..


(5)Kelihatan begitu menyayatkan hati.., pilu rasa.


Thursday, April 16, 2009

Bermula Episod Kerjayaku..

Salam..

Semalam..saya sudah mula kerja.. . Bermakna sudah tamat tempoh honeymoon selama 60hari..huhu. Aduhhss.. sekejap je rasanya. Emm..sebenarnya tak sabar juga nak mulakan kerja.. tapi bila terfikir bab anak ni.. rasanya rutinku sudah sedikit berubah. Memandangkan..saya dan anak sahaja berada di daerah T sebab hubby keje di K. Kami berjumpa weekend saja jika kelapangan. Sebelum ini, saya sudah lalui 2 tahun menetap di daerah LMS di negeri Utara tanpa hubby dan famili. Ohh..begitu mencabar pengalaman yang kutempuhi. Kini..masih tidak tinggal sebumbung kerna dapat bertukar di daerah T di Pantai Timur. Beginilah..kehidupan, ada ujian dariNYA. Moga saya dapat teruskan perjuangan..dalam mencari erti kehidupan dan melayari bahtera rumahtangga. Bak kata pepatah.."Sayangkan ANAK, tangan-tangankan, Sayangkan ISTERI tinggal-tinggalkan".. hehe..ye ker?..

Hari pertama kerja..
1. Tulis buku rekod..(update)..da lama bersarang.
2. Kekawan tegur.. Emm..da kurus da, haha (senyum jer)
3. Dengar keluhan partner..(macam2 ada)
4. Teringat pada Thaqif..kat umah pengasuh. uwaaa..
5. Buat 'Executive Planner'.. (penting sgt)
6. Jumpa anak didik.. Rindunya kat korang..
7. Rileks..and steady.. Don't stress..