Assalamualaikum...
Jeng..jeng...kembali mengambil ruang yang agak kesibukkan ni untuk mengemaskini 'my blog'..hehe. Balik jer dari Mesyuarat di Shah Alam... terasa kepenatan, tanpa makan terus bummmm... . Mula-mula cadang nak pi open house C&W tapi tengok-tengok masing-masing macam ala-ala nak tutup mata. Maka sleeping laa. Macam tak cukup tido jer kat hotel tu.. haha.(tau tak pe!!!). Sedar2 da subuh, nasib baik Thaqif tak meragam malam tu. Memahami sungguh kepenatan your mum..
Hujung minggu... luangkan masa untuk Thaqif.., ye la 3 hari kena tinggal. Haru juga, sebab da biasa setiap hari Thaqif yang menemani mamanya tidur. Sepanjang tinggal dgn abahnya.. dan terpaksa bawa ke kedai pagi sampai ke petang. Kata mak saya, abah gi bandar, katanya nampak Thaqif tercongok kat kedai... Sedih dan kesian pula kat cucunya. Panas kan di kedai kat bandar tu.. mau la kulitnya macam udang terbakar. Kemerahan.. saya dapat bayangkan. Kesian anakku.. Tapi nak buat macammana semua ahli keluarga bekerja. Malam baru free.
Minggu ni.. seperti biasa .. bekerja tapi memang sibuk. Nak wat laporan prestasi tahunan, majlis restu pelajar PMR, program rakan muda sekolah, rancang program pas PMR, program kelab rukun negara. Wow!!!..bole ke buat ni..? Insyaallah,,,bravo..bravo
Bermulanya 7hb-13hb ni... PMR sedang dilaksanakan. Emm, dulu kat sekolah lama..kan tak ada student PMR jadi.. kurang pengalaman. So, datang SBP ni.. lain pula. Pepagi pas punch card... koma pi turun dewan.. bagi motivasi kat student. Aduiii, macam saya pula yang nak berjuang. Hati tu rasa sampai menusuk ke dalam.. Itulah, jiwa guru dan ibu.. aduihhhh.. . Moga kalian dapat keputusan daaa...boooommmm!!!.
Tapi next week 13-16 Oct ni, ada mesyuarat di K.L. Emmm, Thaqif kena tinggal lagi. Mungkin nak hantarnya pada pengasuh sementara di Ktn. Kesian la tengok anak berpanas dan terdedah dengan pesekitaran yang kurang baik sekarang sebab kena ikut abahnya ke kedai.
Opppsss.. kawan-kawan di K.L...sila ambil peluang berjumpa yea. Oh..masih Syawal lagi. Eh, ada open house lagi ker, kuang..kuang. Em, akak jemari sepi..kat mana umah kamu.. saya nak terjah ni..hehe. Emmm, jumpa kekawan bagi mengubat rindu yeaaa.. atau bergosip...???? hehe. sekali sekala.. yeye..
So...citer terkini Thaqif.. Kena kurung daaa... Tolonggg.. heheJom..gi raya.... Eh, uncle tu belum bagi wet laya kat caya ni....huahua- Suka jelir lidah.. Ehhh, sapa ajar tu? gatal gusi ker yek..
- Dengar je lagu,,, terus tepuk tangan.. amboiiii
- Makin ligat berdiri.. dan bertatih..
- Suka sangat main dengan air.. Tepuk air.. habis dengan saya pun basah..
- Sebelum tidur.. suka bergusti dengan mama. Thaqif main tarik rambut, cubit muka, cium pipi dengan meleleh air liurnya, langkau badan maknya. Adoii..da nama anak lelaki, agresif la kan.
Emm..untie..ni,,,peminat saya... , jom posing.- Pandai main akal...
- Kalo maknya bertudung dan berdiri, thaqif pasti suruh ambilnya dukung..sebab dia tau kita nak keluar berjalan. So,gunakan taktik psikologi kita yea.
- Peminat kain... Nak tidur..mesti diulit dengan kain lampinnya.. (tanda-tanda da mengantuk)
- Suka main dengan bola.. Nak wat camane penyokong M.U.. (topi merah M.U) hehe Wasalam.. Jumpa lagi.. Insyaallah.