Sunday, June 21, 2009

Tanda Ingatan daripada Seorang Anak....dan Isteri




Abah..walaupun diberi rehat.. tapi masih ingin melakukan sesuatu.. . Tak kenal erti penat dan jemu walaupun sudah berusia 64tahun... . Bertanggungjawab, Pengorbanan, Penat Lelah dan Tegas. Itulah kata-kata yang dapat menggambarkan insan yang bergelar bapaku.




Inilah gaya ABAH Thaqif kalo berjumpa hujung minggu.... dgn anaknya yang sorang ni. Semoga abang menjadi Bapa Mithali.. .




Pembacaanku menemukan sejarah kewujudan Hari Bapa. Mengikut sejarah, Hari Bapa dikesan sejak tahun 1839 bagi mengenang kematian 123 lelaki dalam peperangan Iransop. Hari Bapa pada zaman moden mula diadakan pada 5 Julai 1908 di Fairmont, West Virginia, USA sebagai satu acara keagamaan dalam agama Kristian, hasil asperasi sambutan Hari Ibu.

Hari Bapa digerakkan sebagai sambutan sedunia apabila Sonora Smart Dodd mengadakan sambutan ulang tahun pada tahun 1910 bagi mengenang bapanya, William Jackson Smart, seorang veteran Perang Saudara Amerika Syarikat yang secara bersendirian membesarkan enam orang anaknya. Tarikh yang dipilih sebagai Hari Bapa yang pertama diadakan secara rasmi ialah pada 19 Jun 1910.

Bunga ros diiktiraf sebagai bunga rasmi Hari Bapa. Warna merah dipilih untuk bapa yang masih hidup, sementara warna putih untuk bapa yang sudah meninggal dunia.

Apa pun, Hari Bapa bukan tradisi masyarakat Melayu. Hari Bapa juga bukan tuntutan dalam agama Islam. Namun begitu, umat Islam sentiasa diajar untuk terus menerus mentaati, menghormati dan menghargai kedua-dua ibu dan bapa sepanjang masa tanpa mengira hari dan waktu.

Dalam budaya Melayu, ada satu peribahasa yang amat berkaitan, iaitu "Sayangkan isteri, tinggal tinggalkan, sayangkan anak, tangan tangankan". Peribahasa ini seolah-olah memberi saranan bahawa seorang bapa yang baik ialah seorang lelaki yang mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi terhadap isteri dan anak-anak, yang bersedia keluar rumah untuk mencari rezeki dan mengajar anak-anak melalui pengajaran yang agak keras disiplinnya. Ungkapan "tinggal tinggalkan" dan "tangan tangankan" itu bagi tidak menunjukkan makna "keterlaluan", tetapi lebih merujuk kepada aspek pengajaran yang terancang dan sistematik.

Nampakanya saranan ini semacam ada persamaan dengan maksud Hadis Nabi dalam konteks mendidik anak-anak untuk bersolat. Ada unsur pendidikan yang terancang dan sistematik. Begitukah?

Namun begitu, saya tetap teringat bapaku Haji Arshad, yang didikannya kadang kala autoritarian dan autoritatif itu telah menghasilkan seorang anak bernama Ana Afzan dan 6 orang adik beradik seperti yang lahir dengan agak sederhana dalam kehidupan yang dinikmatinya kini. Hasil daripada Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian.. Saya bersyukur kepada Allah SWT, kini saya mempunyai pendidikan, pekerjaan dan keluarga. Saya amat menghargai dan menghormati peranannya dalam hidupku.

Tidak lupa juga kepada bapa mertua saya.. Encik Adnan @ Azman. Semoga kalian dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kegembiraan serta dimurahkan rezeki. Saya hadiahkan Al-Fatihah kepada semua kaum bapa yang telah pergi menemui Illahi. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Tuesday, June 16, 2009

Bila SAYA dah 4 bulan..


Da pandai meniarap da. Asyik nak meniarap ajer. Kerja Rajin lagi Thaqif yea..


Ummm..cakkk.., pandai cenyummm.


Uwww..malunya saya.. pakai pampers jer. Nak cerita pasal pampers ni, syukur alhamdulilah Thaqif tak alergik dengan pampers. Tapi sepanjang 4 bulan ni, Thaqif da try pakai pampers Fitty,Pureen,Petpet,Huggies, Mamy Poko, Drypers Wee wee dry. Tapi yang paling okey pampers adalah Fitty, Petpet,Huggies dan Mamy Poko. Wah, tolong promote..konon.

Pada 15 Jun baru ni, Thaqif berusia 4 bulan.
Da pandai...
1. Meniarap dengan pantas
2. Mengomel jer
3. Gelak dan senyum ajer
4. Ajak bermain
5. Tidur berselerak atas tilam
6. Pegang botol susu dengan betul
7. Da kenal orang terutamanya mak abahnya. (kekadang dia tak mau dengan orang lain, siap menangis). Hiss.. apa ni hero menangis.
8. Pegang sesuatu dengan kuat. Contoh rambut, baju, tudung..bagi sesiapa yang berdekatan dengannya.
9. Tangan da mengepak..jer. Tapi nampak aktif kidal. Aduii..jangan la kidal.

Hobi Thaqif:
1. Menonton T.v
2. Gigit sesuatu (macam nak makan da.. kalo saya makan depannya.. ralit thaqif memandang..sampai tak kelip).
3. Garu kepala.. (stress gapo dia gak)..haha.

Sekarang...Thaqif,
Berat Badan : 64kg
Panjang : 63cm
(masih dalam garisan putih kedua-duanya)

Photobucket
Suka sangat bermain dengan air. Itik berenang..asyik kena tangkap.. hehe.

Monday, June 15, 2009

6 Tahun ku di SINI


(SeSiApA yang Sekolah kat SiNi, Sila Angkat Mukanyer).. Nak tengok sikit.. macam kenal.. hehe.. hai.. lama tak jumper nye..

Assalamualaikum..

Kali ini nak entry pasal sekolahku dulu. Masa cuti sekolah baru ni, saya ter'lalu' depan sekolah ni.. Emmm..banyak kenangan woooo.. Sendiri mau ingat la.. Kuang.. kuang!. Rindu zaman perkembangan remaja.. kalo bole ulang.. saya nak buat semuanya bagus-bagus. Konon-konon dapat jadi pelajar cemerlang la tu. haha pirah skema noo. Saya suka zaman remaja.. tak de la nakal sangat tapi ada la sikit.. Mesti ada, kalo tak saya tak jadi CIKGU sekarang. Belajo daripada PeNgAlaMaN.. . Best woo.. tapi saya bukan budak skema waktu sekolah.Leceh la berlakon jadi poyo ni..

Baru-baru jumpa pengetua sekolah ni, Ustaz Mustafa kat T.M. Lama tak jumpa lepas setahun yang lalu.. .Saya kawin..beliau datang. Tahun lepas datang rumahnya, ziarah keluarganya di S.D. Sedih juga bila kulihat 2 orang anaknya yang S.D. Tapi beliau dan isteri tetap gigih menjaga dan mendidik anaknya. Saya memang respect kat beliau dari pelbagai sudut. Sekarang da pencen pensyarah KIPSAS. Wat keje sendiri. Dulu beliau lah..prihatin dengan anak muridnya dari akademik dan sahsiah. Waktu rehat sekolah, pasti beliau akan round satu sekolah sambil tanya khabar pelajar dan akan diaju soalan tambahan..."sila sambungkan syair 'adab wa nusus' ni" . Waa..semua yang nampaknya dari jauh.. wat-wat ikut jalan lain. haha sapa la gerangan orang itu....???.



Tingkat atas sekali tu..kelas koi laa..5M (dulu cat hijau putih.. tapi sekarang cat warna ceria.. dari jauh da bole nampak). Cantik da sekolah ni, bangunan baru da bertambah berbanding dulu.

Kenduri kawin & Jalan-jalan ke TG




Salam... Em..sebenarnya kami menunaikan jemputan kawin member sekolah saya ex-ihsan dan ex-skbl pada 31mei baru ni. Dalam geng kami ber6 dalam kelas 5M tu.. member ni orang terakhir yang kawen. Mula-mula kawen..si Haziati, ke-2 si Fida (lama tak jumpa mereka berdua).., ke-3 saya la, ke-4..si shue, ke-5 ..si gee dan terakhir sekali..si Ctnoor ni. Apa pun..Tahniah kami ucapkan dan SELAMAT PENGANTIN BARU.., semoga kekal jodoh hingga ke AKHIR HAyAT. Ingat da jadi orang T.T tu..jgan luper lorong 30. huaha.. .

Lepas tu, saya beri cadangan kat hubby..pi Taman Gelora. Lama tak pi..sejak kerja di tempat orang ni. Kami sempat la snap..aksi Thaqif yang kegembiraan melihat dunia luar. (kalo tak, dok berchinta dgn maknya kat umah...,jenuh rasanya). tapi Thaqif kalo ajak naik kereta..suka sangat. Malam suka tengok lampu..sampai bising mulutnya mengomel. Siang pula..rancak lihat pemandangan. Nak berdiri jer.. amboi,macam da besau sangat dia tu.


SeLaMaT PeNgAntIn BarU.. Siti Noor & EzRy...


Wah..wah, tingginya dia... . Suka sangat...


Posing dengan maknya..wajib ler..

Tuesday, June 9, 2009

BeSdaY My MeNtEE's



Salam..

Sebelum cuti sekolah dan setelah mereka merdeka daripada exam PPT, saya bercadang nak wat sambutan hari lahir mentee..seramai 7orang daripada 11orang. Sapa menTORnya? Ntoh la yekkk.. . So, setelah dirancang, syukur semuanya berjalan dengan baik. Thaqif pun hadir sebagai tetamu istimewa, amBoii ramainya peminatnya..sampai luper menjerit panggil ibu yea.. .

Tapi sementara tu, ntah cammana PRS dok nak wat jamuan untuk Cegu Ina yang akan bertukar ke Bagan Datoh...ikut suami. Wahh..selamat Datang ke Daerah Hilir Perak. Hehe 2 tahun saya dipinjam orang Perak.. Maka hafal la segala daerah negeri Perak tu. Besau sangat perak tu tapi seronok gak dok sana sebab banyak tempat menarik gak. Insyaallah.. da besar kit anak nanti.. teringin juga nak ajak hubby gi melencong ke Utara. (lupe da loghat utara)..hehe

Ina..ni member baik saya juga sepanjang saya 6 bulan baru bertakhta di sini. Dia banyak membantu. Apakan daya jodoh kami tak panjang, terpaksa berpisah sebagai partner keje dan teman berbicara. Semoga kamu berbahagia berada di sana dan sihat sentiasa. Balik ganu, jangan lupa singgah umah koi ni.














Ziarah Kawan ThaQiF

Salam...

Baru-baru..Diana dok sms tanya..nak tukar KTN ker? Eh..mestilah nokkkk.. . Tapi naluri kuberkata..bln 6 ni payoh kit nak dapat Tukar.. Pengalaman da ada. So, saya wat kisah dan tak kisah pasal tukar. Dari saya dok beria-ria jap g, frust pula, sedih. Baik la saya wat strategi dulu... Insyaallah tahun depang.. wajib dok Kuantang, kuang..kuang.. Eh loghat menda pula mu..nih. hehe, saja jer.

So, kesempatan hujung minggu yang ada..saya berbesar hati untuk pi melawat Diana yang baru memperoleh cahaya mata puteri sulung. Member ni masa saya belajo kat UPSi dan satu umah sewa. Masa datang tu..baby girl baru nak tido. Thaqif pun siap ngantuk da.. yela..waktu tidonya masa tu. tapi ibunya nak juga bawanya gi jalan. kekeke.






Window Shopping With Thaqif

Assalamualaikum..

Beberapa hari sebelum cuti sekolah... kami bawa Thaqif jalan ke ECM dan Malay Town. Suka sangat la tHaqiF dapat cuci mata.. kuang2...tapi ibu ThaqiF sebenarnya lagi suka dapat jalan2... huahua







Saturday, June 6, 2009

GuRu PeMbInA, NeGaRa BaNgSa...



SEMPENA HARI GURU.. 16 MEI 2009

Sebenarnya da lama saya buat draft entry ni tapi tak sempat edit dan men'cara' blog sejak 2minggu lepas. Aduhh..busy bukan main dengan kerja dan anak (ai, baru sorang tu!). Bila nak dekat cuti sekolah, makin banyak keje-keje on the spot..yang dikerah. Sesi K.I pun bole tahan juga. Klien tetap dekat di hati. hehe..budak sekolah.. masalah biasalah..dirungkai-rungkai..menjadi bercabang-cabang. Tapi semuanya pasti ada kata putus oleh klien setelah diberi alternatif-alternatif.. (che wah.. macam ayat atas kertas untuk dirakam bagi asigment K.I untuk pensyarah upsi)..hehe.

Foto di bawah adalah majlis sambutan hari guru dan hari pekerja pada 18 Mei baru-baru ni. Meriah juga.. .kalo di sekolah dulu, saya sebagai penyelaras hari guru (konon-konon saya la paling sibuk hari tu) tapi sekarang saya tukang penilai di sekolah baru.. . Hadiah? adala dapat tapi em,tak mengharap apa-apa pun, cukuplah sekadar ucapan sebagai tanda penghargaan.

Tahun ini merupakan tahun ke-3 saya menjadi seorang guru. Rasa macam da lama tapi sebenarnya baru jer lagi. Insyaallah lagi 29tahun..jika ajal belum tiba. Ada pahit dan manisnya namun saya selesa dengan kerja ini..kerna ia bukan sahaja untuk mengajar tapi mendidik, membimbing dan membantu anak bangsa sendiri. Tapi satu masa nanti saya perlu buat anjakan paradigma..untuk kepuasan diri dalam kerjaya ini.

Apa pun.. belum terlewat rasanya untuk kuucapkan SELAMAT HARI GURU buat guru-guru di seluruh Malaysia. Teristimewa untuk guru-guruku yang mengajar dan mendidikku di Tadika Kemas di T.T, S.K Batu Lapan, S.M.A. Al-Ihsan, Pensyarah-pensayarah di KIJ dan UPSI.Dan tak lupa untuk CEGU-CEGU masa saya bertugas di SAR Jalan Yahya Awal, SAR Larkin, SMK Taman Bunga Raya, SMK Pandan dan SMT Taiping (tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat first posting). Budimu tak dapat kubalas, semoga kalian diberkati Allah sentiasa dan berbahagia sokmo. Terima Kasih Cikguku.. . U all, i LOVEeeeee.. .



Ini antara ucapan-ucapan sms yang kuterima sempena hari guru.. Thanks for my friends dan my students to remember mE..as a C.I.K.G.U.

I can accept Coffee without Susu, Nights without Lampu, Curry without Lembu, Burgers without Keju, But NOT School without GURU. “HAPPY TEACHER’S DAY”. From ZaRiAtInEe.. Counselor SMK Raja Muda Musa.

Here’s a basket full of PRAYERS, LOVE & CARE, for a truly wonderful person like YOU! HAPPY TEACHER’S DAY!. From AzImAh.. Counselor SMT ERT Setapak.

Ingatkan campak rupanya jerawat batu, Ngajar bagai nak rak budak buat tak tahu, Rasa macam nak sepak takut kena serbu, Banyak la sabaq kita kan CIKGU. Selamat Hari Guru. Daripada NoRa ‘discount’.. Cikgu Tadika di Rawang.

Dalam Ajarnya ada Doa, dalam Marahnya ada Sayang, dalam Tawanya ada Mesra, dalam Diamnya ada Bijaksana dan dalam Tangannya kita Terbina. Berbahagialah menjadi GURU. Selamat Hari Guru 2009. Daripada FaTiMaH.. Guru RekaCipta SMK Tengku Panglima Perang.

Teacher is like PEPSI “Ask for more”, Teacher is like NIKE “Just do it”, Teacher is like NOKIA “ Connecting people”, Teacher is like McDonald “I’m loving it”. Happy Teacher’s Day. From SuRiA .. Ustazah SRA Kg.Melayu Subang & Noridah.. Teachers at SMK Sungai Besi.

Dalam kita mendidik terkadang diuji dengan ujian yang berat hingga peritnya terasa, tapi mungkin air mata tika itu hadir kerana Allah mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar. Semoga kita sentiasa dalam KeredhaanNYA. Selamat Hari Guru. Daripada HaRiSoN.. Counselor SMK Dato’Kamarudin & MuNiAnA…Cikgu Sains di SMK di Kuala Terengganu.

Sweet Sms for a Sweet Teacher from a Sweet Person for a Sweet Reason at a Sweet Day in a Sweet Month and Sweet Year. Have a SWEET TEACHER’S DAY. From SiTi MaRiAnI.. Counselor SMK Suah, Sarawak & Sis AbIdAh.. Counselor SMK Bukit Jana.

GURU… Jika usahamu dilupai, jika pengorbananmu tidak dihargai, jika keringatmu tidak disanjungi, jika penat lelahmu tidak dipeduli, janganlah berkecil hati, tiada anugerah duniawi. KEIKHLASAN DAN KEMULIAANMU tetap Allah catat sebagai bekalan menuju ALAM YANG ABADI. Selamat Hari Guru. Daripada HaSnIaH.. Counselor SMT Kuala Kangsar.

“Semoga cerdikmu secerdik Aishah, cantikmu secantik Ainul Mardhiah, pengorbananmu setinggi Sumaiyah, ikhlasmu seikhlas Rabiatul Adawiyah dan semoga tempatmu di syurga al-Jannah”. Selamat Hari Guru. Daripada HuDa.. Counselor SMT Temerloh.

Selamat Hari Guru, agar pengorbananmu dapat melahirkan insan yang berkualiti untuk agama, bangsa dan negara suatu hari nanti. Daripada FaZlI & AzLiNa, K.L.

Kami guru Malaysia, berikrar dan berjanji, mendidik dan memimpin, putra putri negara kita. Selamat Hari Guru. Daripada JuLiAnA.. Counselor SMT Kluang.

Selamat Hari Guru. Guru Pembina Negara Bangsa. Moga sentiasa diberkati dan dirahmati Illahi. Daripada.. Kak LoNg.. Counselor di SMKA di Penang.

A Teacher is 1% Funny, 2% Sweet, 3% Caring, 4% Loving and 90% Banyak Songeh.. hehe, That’s why… u are a Teacher!!!!. Happy Teacher Day. From ZaWiYaH.. Guru Pendidikan Khas di Melaka.

Kita mohon Allah sentiasa meredhai kita sebagai guru. Selamat Hari Guru. Daripada Ustaz SuBrI… di SMK Pandan.

Buat yang jauh di mata, dekat di hati, buat yang dekat di sisi, mesra setiap hari, selamat hari guru, meskipun kita tidak dikenali, tetapi pengobanan kita di akhirat menanti. Daripada AmRaN.. Ustaz di SMK di Maran.

Bad Teachers Complains, Good Teacher Explains,Better Teacher Demonstrates, Best Teacher Motivates, and Great Teacher like YOU Inspires.. . Happy Teacher’s Day. From.. HaNi..Teacher at SMT Sungai Buloh.

Birth is the start of life, Beauty is the art of life, Mystery & risk are part of life but you are the HEART of life. Happy Teacher’s Day. From MaHaZaN.. Counselor SMS Raub.

CEGU.. Selamat Hari Guru.. Nak tepon cegu ni.. harap tak mgacau.. From Siti Rahimah.. my Ex studENT SMTT..

Salam dan Selamat Hari Guru. Bersyukur kita bila bergelar guru, semoga hadir keikhlasan dalam mendidik. Apabila ikhlas, anak yang dididik akan jadi orang yang berilmu. Semoga menjadi guru yang positif dalam mendidik. Daripada..PuTeRa 1312, Ustaz SRAB di Johor Bahru. (wah tepat jam 12tgahmlm..orang pertama hantar ucapan.. hehe..)Fuh..thanks Y.D.A.