Saturday, August 29, 2009

Happy Family



Assalamualaikum...

Sebenarnya gambar ni..bulan Januari tahun ni... Masa tu Geng Basikal SKBL punya 'last girl'...kawin dalam geng kami. Apa lagi... serbu lar. Walaupun masa tu, depa dok gelar saya mak buyong.. kerna saya tunggu masa 2 minggu jer nak melahirkan anak. Walaupun berjauhan, kami tetap berhubung walaupun dengan SMS or calling .

1. First weeding... Nur Adlina (anak da 3 orang ... 1puteri & 2putera) tapi tetap ramping, fuyoo.
2. Ikut jejak langkah... Puan Jemari Sepi... hehe "tak ada dalam gambar.. sebab cepat noo balik umah, oit tak larinyer SDK mu tue...". (Anak sorang jer... memang Hero pun..) sila tambah lagi nyer.. jadi big famili. Mudahan-mudahan murah rezeki yea.
3. Seterusnya... Kamariah or Mas nama glamer.. dok kat rawang... (Puteri sulung).. kata cikgu ni, lambat sikit baru tambah.. yolah tue!!!.
4. Kemudian.. SAYA...,kini mempunyai (Putera sorang).. yang semakin lasak... dah pandai berdiri, merayap tok sah kata lah.. .
5. Lastly..pengantin nun di atas Dr.Khairulina dan her husband... hehe, Kini da berjangkit dengan saya...da 6bulan pun... selamat mengharunginya wahai puan doktor.. .

Bila ingat semula zaman kanak-kanak.. aduihhh best yang amat. Time raya best arrr.. . Apapun perjuangan perlu diteruskan.. wahai kawan-kawanku sekalian... Semoga semuanya bahagia sokmo dan tabah menghadapi dugaan dan ujian dari Yang Maha Esa.




Wednesday, August 19, 2009

Arahan.. TUTUP


Assalamualaikum..

Baru tadi dapat berita agak menggerunkan... 2 orang positive H1N1.
So..jam 2petang ni.. sekolah diarahkan tutup.

Emm, saya nak balik kuantan.. bestnya dapat jumpa famili. Namun begitu, pergerakkan agak terhad kerana keadaan wabak yang semakin menular. Mari kita ambil langkah-langkah pencegahan dan berdoa agar dihindari dengan wabak ini.

Kepada cikgu cikgi....
Selamat bercuti... 'Happy School Holiday' .
Umphhh.. banyak perkara perlu aku wat ni. Emm senaraikan.. macam banyak jer. Nanti citer.

Kepada semua umat ISLAM,
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak....
Selamat Berpuasa kepada muslim dan muslimat sekalian.

Buat semua Anak Malaysia...,
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52.
Aku Anak MALAYSIA...................

Jumpa lagi. Salam



Monday, August 17, 2009

Aqiqah

Assalamualaikum...

Aqiqah siapa pula ni???

Thaqif? Oh, tidak. Thaqif da aqiqah pun....

Sabtu lepas, koi pergi....TBR kat Temerloh ni jer.. sebab dapat jemputan kenduri akikah daripada member yang.. kamcing jugak la kat UpSi. Sama-sama wat program dan kekadang sesama group asiggment. Susah senang pernah hadapi bersama juga.

Syukran jazilan Ngah..sebab jemput aku. Wah.. sekarang..ni seorang lagi memberku jadi seorang IBU.. . Selamat mendidik dan mengajar serta mengkaunselingkannn.... anakmu nanti. hehe.. Join the club yea.. .



Terpaksa tinggalkan bucuk sorang ni kat pengasuh.. . Amat tidak digalakkan membawa baby ke tempat keramaian...kerana wabak semakin menular...dan negara dalam keadaan kecemasan kesihatan.(Kami jer SBPI yang tak tutup lagi...di pahang..wahhh selamat bekerja dengan tekun)

Ibu... Muhammad Aqil Amsyar Bin Afrizal



Nazirah @ Mek ngah bersama suami. Tahniah atas kelahiran cahaya mata sulung, amanah dari Allah SWT. Moga ia menjadi anak soleh. Ameen

Sunday, August 16, 2009

Membesar Bagaikan JUARA...

Assalamualaikum..
Wah..sungguh sunyi blogku ini untuk beberapa minggu ni. Sokmo la..jengok blog kekawan tapi blog sendiri kurang ada mood untuk mengemaskinikannya.. . Tapi tak pe..hari ini ada ruang dan mood juga.. bole la nak sosek-sosek sikit.


(Suke sangat dia.... apa yang kelakar sangat tu... hehe)
14 Ogos baru-baru ni..Thaqif sudah berusia 6bulan. Bawa Thaqif pi jalan-jalan ke klinik desa.. haha.. buat apa lagi, bagi hadiah wajib ler. Temujanji next week untuk injection tapi memandangkan kami berdua tak balik ktn hari ni, maka saya bawa Thaqif pi inject. Menangis juga sikit.. Normal ler tu kata doktor. Tapi kalo baby kena inject tak nangis langsung.. maka tak normal.. . Uihhh..salah tanggapanku rupanya. Ingatkan kalo tak nangis tu.. normal dan amat kuat antibodinya.. .


Thaqif da makan nestum dan bubur sejak 5 bulan. Bukan apa, atas nasihat doktor sebab banyak sangat minum susu.. macam tak kenyang-kenyang. Tidur kurang lena (10minit jer, pas tu da celik mata..apa ke hal anakku ni??) mungkin sebab perut cepat lapar kerana minum susu jer. Maka bermulala episod memasak bubur dan menyediakannya setiap hari. Saya perlu buat menu kreatif.. . Kekadang saya suka wat bubur kurma kismis, bubur carrot/kentang tambah daging atau ayam atau ikan terpilih shj. Semuannya diblender. Jadi setiap hari menu yang berbeza.. Tanda-tanda Thaqif da kenyang.. dia akan sembur bubur dalam mulut tu, emm petanda da tak mau lagi. Aduii.. . Kekadang bagi yogout buah-buahan sikit dan air buah oren atau air anggur hitam. Suka jer... cuma sekali seminggu jer. Untuk menghilangkan rasa jemu Thaqif pada makanan atau minuman yang sama atau luntuk lawas b.o.


Perkembangan Muhammad Thaqif..kini

Berat:7.3kg
Panjang:67cm

BMI untuk umur: 18.5
Lilitan kepala: 43cm

1. Meniarap dan menelentang dengan aktif.

2. Step untuk merangkak da semakin positif.

3. Dari step merangkak, terus nak duduk tapi masih menyenget lagi. huhu

4. Suka tido menelungkup atau mengiring. Da tak berapa suka tidur dalam buai kerana suka tido atas tilam sebab boleh golek-golek.. Em, jangan terlentang atas simen sudah ler..


5. Suka jelajah satu rumah.. pendek kata kena sentiasa awasi pergerakkannya.
6. Pandai menyebut suku kata.. Ba..ba dan ma..ma
7. Baru potong rambut tepi dan belakang oleh penggunting rambut yg kurang professional tapi arif dalam pengguntingan baldu songkok. hahaha.. sapa tuee? Pengasuh thaqif tanya " Lor tak comel da thaqif..!!! Sape gunting rambut Thaqif?.. ohhh sila jawab Yang Arif..
8. Thaqif kurang berminat dengan golongan perempuan.. lagi2 yang kurang dikenali atau kurang berjumpa. Siap menangis.. hehe, apalah hero ni. Tapi dengan pengasuh.. nasib baik okey dan tak menangis ditinggalkan hampir seharian setiap hari bekerja.
9. Sekarang saya da boleh drive bawa Thaqif balik dan pergi ke ktn-temerloh. Thaqif akan bermain sendiri atau tidur dalam car seat. Pandainyer.. Jangan meragamnya..
10. Thaqif da bermula untuk memakai CD. Belajor untuk kurangkan dan terus Tidak memakai pampers. Save budget.Insyaallah.

Naper pula Thaqif tidur dalam kat bilik saya??? Cian dia..kena bawa ke tempat kerja saya coz pengasuh lamanya minta cuti sehari. EMMM..tapi kini Thaqif ada pengasuh baru. Salah satu sebab tukar pengasuh.. adalah dekat dengan rumah.. Tak perlu berangkut Thaqif dan barang2 ke kereta lagi pada setiap pergi dan balik. Harap2 Thaqif dan pengasuh ..berada dalam keadaan baik.