Tuesday, July 28, 2009

5 Month


Sebenarnya lama da Thaqif 5 month..pada 14 Julai.. tapi tak sempat nak update blog. Jadi sekarang ni… ......

Thaqif da pandai…

-:Nak berdukung jika moodnya kurang baik.... (tak jadi kerja..kalo berdukung je)
-:Kalau berdiri.. asyik nak meluncat-luncat.. (fuh..kurus mak gini).
-:Suka benda keras.. main dengan hanset, bakul, remote.. Aduhaiii.. tak bagi merengek.. . Bagi juga mainan lembut tapi sekejap jer asyikknya.
-:Suka sangat senyum…kalau ditegur oleh sesiapa. (ramah la sangat yea).
-:Berat thaqif = 7.1kg (kalo dukung..memang terasa ….semangat da.)
-:Panjang Thaqif = 63cm
-:Yang syukur sangat.. Inject 5 bulan ni… Tak demam.., lega rasa. Oh..antibodi da kuat.
-:Garu telinga dan kepala bila da mula mengantuk.
-:Pandai main sendiri…


p/s: Sebenarnya sekarang Thaqif sedang demam, batuk dan selsema. Moga cepat sembuh.. sebab bila thaqif tak sihat... saya yang risau.., takut pa pe. So,kena ambik cuti untuk jaga anak sendiri. Bila thaqif demam, saya pun terikut demam dan batuk.. huahua... Cian kami.

p/s: Thaqif 5bulan tapi maknya 29thn pada 11julai.. hehe. Just sambut secara sederhana.. . Gambar tarak tapi ada dalam ingatan. Bukan apa masa tu tengah sibuk pindah ke kuarters institusi pendidikan.. , jadi badan penat dan pala ting tong.. tu yg luper nak klik gambar.

Sibuk yer la


(Agak-agak la tengok gambar atas tu jadi lebih stress atau kurang stress???)....hehe

Assalamualaikum…

Hai..kepada rakan-rakan blog dan ‘silent reader’..hehe. Da lama tak muncul dalam blog, sebab utama terrrrr amatttt sibuk. “Macamane la blogger tegar boleh post tiap-tiap hari citer mereka yekkkkkk???, betak hatiku. Saya tak dapat la nak wat macam gitu walaupun berusaha juga menyelit untuk citer pendek untuk blog. Tapi apakan daya…. Tiap-tiap hari ada yang important dan urgent adalah:

No.1: Kerja yang diamanahkan.
No.2: Anakku Thaqif amanah dari Tuhan (sebab semua harapkan mak sahaja kerana abah kerja Kuantan.)

Kedua-dua ni pun.. da cukup membuatkan saya amat sibuk. Stress ke saya?

Ohhh.. kekadang ada juga tapi apa yang saya wat…

Bila balik umah..wat rutin harian yang tak habis2, rehatkan badan, tengok rancangan t.v dgn Thaqif, guling-guling dan main-main dengan Thaqif.. akhirnya rasa tenang…. . Tapi yang paling afdal ialah rajin solat dan mengaji al-Quran. Insyaallah akan bertambah-tambah tenang, aman dan damai jiwaku… .

Bila yang kurang sibuk???

Bila hujung minggu…(kalo tak ada program sekolah).....sudah pasti ...

No.1: Abah Thaqif datang Temerloh kalo kami tak balik ktn.
No.2: Bila kami dapat balik Kuantan (rasa lega sangat) Bila la koi dapat tukar kuantan???... hehe.
No.3: Dapat pi jalan-jalan walaupun sekadar window soping..or cuci mata (tapi sekarang sukar sikit sebab Thaqif sape nak jaga??) Huahua…

Oleh itu...Gunakan Masa lapang sebelum datang Masa Sibuk..



Monday, July 20, 2009

Peristiwa Israk Mikraj

Assalamualaikum...



Hari ini, 20 Julai 2009 bersamaaan dengan 27 Rejab, 1430H adalah tarikh satu tarikh penting dalam sejarah Islam di mana umat Islam akan memperingati satu peristiwa agung iaitu Israk Mikraj.

Israk Mikraj adalah satu peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam.

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku setelah Nabi menempuh tahun dukacita di mana Nabi telah kehilangan orang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu isteri baginda, Siti Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Mereka berdua adalah tokoh penting yang telah membantu usaha dakwah baginda di peringkat awal. Tidak lama kemudian, berlakulah pula peristiwa Taif, di mana baginda telah meghadapi cubaan yang sangat mencabar. Nabi telah dihina, dicerca dan dikecewakan oleh penduduk Taif yang telah menolak usaha dakwah baginda.

Bayangkanlah bagaimana remuknya perasaan Nabi ketika itu. Hilang teman hidup yang telah berkorban segala-galanya untuk Nabi dan perjuangan Islam. Kemudian dikecewakan, dimalukan dan dicederakan oleh bangsanya sendiri. Baginda keseorangan dalam menghadapi tentangan musyrikin jahiliah.

Di saat kesedihan yang amat sangat itulah Jibril datang membawa pesan gembira untuk mengiringi Nabi untuk israk dan mikraj bertemu Pencipta nya. Itulah hadiah yang paling bermakna ketika baginda memerlukannya.

Peristiwa Israk Mikraj ini mengandungi banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar. Namun, saya begitu tertarik dengan DUA pengajaran penting daripadanya iaitu

1. Kewajiban solat lima waktu telah dianugerahkan kepada umat Muhammad. Kewajiban solat diwahyukan terus tidak seperti kewajiban ibadat lain seperti zakat dan puasa yang diturunkan sebagai wahyu dan disampaikan melalui Jibril. Itu menunjukkan betapa penting dan istimewanya solat. Kewajiban solat juga adalah hadiah yang paling berharga kepada Nabi untuk merawat segala kesedihan dan kemurungan yang baginda hadapi.

Solat sebenarnya jalan penyelesaian kepada segala masalah yang kita hadapi. Andai kita berhadapan masalah yang berat yang tak tertanggung, kekecewaan yang tak terbendung, kebuntuan mencari jalan keluar, keresahan dan kekosongan jiwa, kembalilah kepada Allah. Carilah pengampunanNya dan berbicaralah terus denganNya.

Hamburkanlah segala duka lara dan resah gelisah jiwa kepada Yang Maha Pencipta, dalam setiap sujud kita. Jangan disimpan kemarahan kita kepada manusia. Lepaskanlah segala kekecewaan kita itu dan mengadulah kepada Yang Maha Bijaksana.

2. Israk Mikraj juga menguji keimanan kita untuk beriman kepada Allah dan Rasulnya dalam hal-hal yang di luar jangkauan pemikiran kita. Sahabat Nabi seperti Abu Bakar beriman dan percaya dengan sepenuh hati bahawa Nabi memang telah pergi ke Palestine dan merentasi 7 langit pada satu malam.

Bayangkanlah jikalau perkara yang sama itu disampaikan pada kita sekarang. Adakah kita akan mempercayai dan beriman dengannya sebagaimana Abu Bakar? Atau kita akan mula menggunakan logik akal kita lalu akan menolak kesahihan peristiwa itu dengan alasan tak masuk akal dan tak logik? Kita akan mula mengeluarkan teori sains yang kita tahu yang menafikan manusia boleh merentasi 7 langit hanya dalam satu malam. Mungkinkah jugakah kita akan ketawa sinis dan mempersendakan berita itu sebagai karut?

Sesungguhnya peristiwa Israk Mikraj jika dihayati dengan sesungguhnya, akan mengukuhkan keimanan kita dan memperkuatkan rasa takjub kepada kekuasaan Allah dalam mengatur kehidupan makhluk Nya. Peristiwa Israk Mikraj mengajar untuk percaya kepada perkara ghaib dan percaya kepada Al-Qur’an dan Hadith sebagai panduan dan penyelesai kepada masalah hidup manusia.


Sunday, July 5, 2009

Hobi Thaqif

Asssalamulaikum..

Inilah aktiviti Thaqif...




Kalo tengok t.v, emmm sorang pun Thaqif tak layan.. haaha.. Macam faham sangat cite yang ditengok tu..


Senang hati..thaqif.. bestnyer la kalo mak Thaqif pun macam Thaqif. Tapi sekarang Thaqif lebih suka tengok laptop daripada T.V. Dulu..masa mengandungkannya, memang tiap-tiap hari saya mengadap laptop wat keje.(masa tu tak da blog lagi). Sekarang da terjangkit kat Thaqif pula..



Meniarap..then undur ke belakang.. bukan ke depan.. . Tapi bila nak ke depan, berusaha juga mengangkat punggung dan tegakkan tangan sambil angkat kepala.. Gaya macam nak step merangkak jer.


Fuuuhhh...esok 5pagi da nak gerak ke Temerloh.. Thaqif banyak membesar dalam kereta aje. Next week.. lagi sibuk.. sebab nak pindah ke........ . Apa pun, moga berjumpa pada entry akan datang. Tata...

Weekend Programme

Photobucket

Assalamualaikum...

hai..cemua,.. lama tak update blog. Adui, busy teramat dengan kerja dan rumahtangga. hehe. Saje letak poster Thaqif kat atas. "Kepada sesiapa yang geram anak saya, TOlong laaa..sila jangan cium lelebihnya kat screen pc tu, nanti habis rocak pc." Kui..kui. Gurau jer.

Sebenarnya, minggu lepas kami bawa Thaqif balik kampung jumpa moyangnya di Johor. Emm..PUAS tapi PENAT. Sebab macam rushing aje. Ye la, cadang nak gerak Sabtu pagi tapi kan Sabtu tu kena school sebab ganti cuti raya nanti. Tapi saya ke SEMSAS.. ada karnival pendidikan kerjaya. Oh, seronok dapat bawa pelajar pi sana..kerana dapat beri pendedahan kepada mereka dengan orang-orang profesional. Semua bekas semsas... sebab semsas ni sekolah dari 70-an. Padan la depa ramai da yang bekerjaya profesional. Dan ada berita yang menyejukkan hati saya.. apa dia? hehe.. Kalo dah dapat nanti saya bagi tau...korang yeaa.. . Moga Allah permudahkan jalan hambamu ini.

Di kampung.. emm, sedang musim buah. Raja buah.. pe lagi, durian, buah manggis, buah pulasan dan rambutan (baru mencelah-celah untuk masak). Sebut pasal buah ni, saya teringatkan TaipinG dan Batu Kurau. Kat sana, kalo musim buah-buah tu, amboiii meriah tak hingat. Sampai saya pi pasar malam hanya beli buah sahaja. Puas hati la kalo makan. Nasib baik koi tak mengidam sekarang ni.. . Hehe. Ingat lagi masa tengah pregnant tahun lepas, masa tu tempat kerja buat PesTa DuRiAn.. . Tapi sayangnya saya hanya diberi keizinan oleh hubby untuk makan seulas je. Kecian saya.

Sekarang tak yah minta izin, koi makan ajer. Durian di umah atuk ni pun best juga. Lagi-lagi durian 'semut'. Nape panggil durian semut.. sebabnya semut suka kat pokok durian tu. Buah kecil tapi isi dalam..peh, memang sedap bangat.. . (hingga termimpi-mimpi bagi peminat durian la).

Jomm..layan gambar yang ada...


Budak Cekolah..maner la ni..


Emm.. muka abang ni sama macam muka Thaqif ker.. sayang?.. hehe


Baru lepas kutip kat dusun.. jap lagi atuk ku la yang akan bersih buah tu...
Di bawah tu.. pulasan dan manggis... yum..yum






Apa tue.. Em, itu la perigi. Dulu-dulu, atuk guna perigi tapi sejak ada kemudahan air, perigi dipinggirkan.. . Sebelah perigi tu sebenarnya ada bilik air, tapi sudah dirobohkan. Dulu masa kecik2, saya amat takut pi bilik air waktu malam. Tapi sekarang bilik da ada 3 kat dalam rumah..atuk. Jadi tak perlu cuak untuk ke tandas yea. Nanti ngompol pula... hahhaha.



Suasana kampung.. begini la.. tenang ajer walaupun banyak nyamuk.. hehe . Anti nyamuk..yang suka gigit saya.. wahhh darah manis lagi ker!!!. Makcik Lah sibuk duty mengutip manggis.. ajak saya tapi kena delay..tunggu Thaqif tidur..dulu, baru turun ke dusun..kait buah manggis dan pulasan. Best woo..seronokkk..



Tu la rupanya...Thaqif balik kampung.. Atuk panggil Thaqif.. dgn name Uthman.. hehe