Saturday, November 21, 2009

Episod Terakhir : Mendamaikan....


Assalamualaikum

Emmm...draf lama da siap..tapi bila gambo jenuh nak upload..jadi tensennnn.. Tak suka.. tinggalkan ajer blog buat sementara waktu. Sekarang cuba P1W1Max...emm sukanyer. Laju nak upload..hehe, tapi tak bermakna mama thaqif rajin bebenor..'update' blog. kuang2. K, sebelum tamat sesi Taman Negara Pahang... meh la layan kenangan di sana.. . Insyaallah panjang umur.. tahun depan.. planning nak pi Kg. Mat Daling dan Kg. Gusai. Pastikan saya sebagai salah seorang peserta program ini... .

Canopy walk

Perjalanan pulang... melalui jeram... tersedar dari lena akibat..percikan air

Geng penyerang hendap...


Rumah..persinggahan..di SK Kg. Kuala Sat



Seronok berkhemah ni.. kalo kena gayanya. Bergambar dgn Cikgu Peng..
Okey..berjumpa lagi...insyaallah.
From: Mama Thaqif

Sunday, November 8, 2009

Episod 2: Mengasyikkan

Aktiviti paling menyeronokkan (Water Shooting)... Habis basah dan sedang kesejukkan... kami kumpulan penyerang di hadapan... , Jangan mare yea bos..kena simbah air.... hehe bila lagi kannn..!!!



Antara aksi-aksi...melangkaui bot... hehe,..teror-teror belaka..




Ini adalah.. Istana ...tempat persinggahan Sultan Pahang..di Kg. Bantal.




Kerbau pun tahu sayangkan anaknya.. hehe... (sepanjang perjalanan kerbau tgah berkubang.. lama juga kerbau mandi... hehe)





Memori di Kg. Bantal.. bersama rakan sekerja, big bos dan ketua kg. Bantal di kawasan pembuatan bot/perahu.. (jom...mai beli bot.., rumah sapa yang nak kena banjir tu.. hehe)

Jumpa episod akan datang...

Mama Thaqif...

Saturday, November 7, 2009

Episod 1.... Idamanku..

Assalamualaikum...

Buat..teman-teman, moga sihat sokmo.. dan nampaknya ramai blogger yang tak berapa nak sihat.. mungkin dek kerna cuaca yang tak menentu.. hehe, sabarnya. Alhamdulilah.. sy masih dlm keadaan baik..walaupun ke sana sini..dalam seminggu ni. Tetapi pagi ini, Thaqif pula demam dan selsema.. . Maaf la lama tak 'update' my blog. Bak kata mama sumayyah.. bila la k.anna nak 'update' blog nih? hehe.. maaf yea..buat kamu menunggu.., bak kata kita..kesibukkan sedang melanda...diri..hihi.

Apa yang jadi idaman tu? hari tu kata mengidam.. la ni pula idamanku. Sebenarnya..saya mengidam pi suatu tempat.. yang sudah 4 tahun lebih..tidak dikunjungi. Tapi akhirnya tempat yang menjadi idaman saya..tu, telah saya lawati.., cuma kali ni bersama geng kerja.. . Tapi saya akan datang lagi.. sebab rumah mak angkat..di kuala tahan..belum sempat dikunjungi.

Seronok tengok Kuala Tahan dan Taman Negara Pahang.. mengimbau kembali..saat-saat BaktiSiswa bersama rakan-rakan di UPSI. Wahh..sangat membahagiakan..dan menggembirakan.

Namun begitu..kali ini..pemergian kami ke sana..lebih memukau pemandangan dan pandangan saya terhadap khazanah alam..dan CiptaanNYA. Kami telah..mengunjungi.. Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling.. . Dari Jeti Kuala Tahan ke..Kampung Kuala Sat..mengambil masa 2 setengah jam dengan menaiki bot..beratap '40cc'. ( kalau drive dari Temerloh ke Kuantan, koi da sampai pun rumah di Kuantan..hehe).. Menakjubkan..sepanjang perjalanan.., walaupun mengambil masa yang lama..untuk sampai..(ye la pertama kali dalam hidup).., memang tak terasa penat..malah seronok..melihat keindahan alam..yang belum tercemar..dan harap sangat ia akan terus kekal sebegitu.


Perjalanan kami seramai 40 orang.. dengan menaiki 3 bot. Tiba di Kg. Kuala Sat.., dalam jam 6.30petang.. kami disambut oleh orang kampung dan mendirikan khemah di S.K Kuala Sat. Cantik sekolah ni.. ye la..dapat bangunan baru sekolah ni.. tapi bangunan lama dijadikan asrama.

Kami dilayan..dengan baik..dan begitu kuat sifat kekitaan dan kerjasama orang kampung. Aktiviti kami berjalan dengan baik. Slot Kajian Tindakan..tetap kami dahului kerana itu agenda kami selain aktiviti yang kami rancang selama berada di sana.
Menuju ke Kampung Bantal, Ulu Tembeling (dalam 45minit dari Kg. Kuala Sat)

Setibanya kami di Kampung Kuala Sat...

Apa pun...memang best..., emm nanti sambung lagi..episod ke-2. hehe, Thaqif merengek2, tak sedap badan.., sambil menaip.. Thaqif tidur di bahu saya dengan berdukung.. .. Berkorban apa saja.....demi anak permata hati.

K..jumpa lagi... insyaallah.........

Mama Thaqif