Friday, April 24, 2009

Sehelai sepinggang..yang tinggal

Salam..

Kali ni nak kuceritakan..kisah seorang student yang kehilangan rumah akibat kebakaran. Apa pun jua tidak dapat diselamat tapi syukur alhamdulilah, nyawa tidak tergadai. Rabu lepas, saya dengan beberapa guru serta pelajar..menuju ke tempat tinggalnya di Mentakab. Tiada hujan, petir dan ribut..tetiba api menyambar rumahnya sehingga hangus(kata orang di situ, terbakar sebab litar pintas). Kami melihat tempat kebakaran.., sungguh sedih. Kutipan derma telah dilancarkan di sekolah dan sumbangan ini kami serahkan kepada ibu pelajar ini. Takziah kami ucapkan.. Moga kalian sabar menghadapi dugaan Tuhan..


(1) Habis semuanya..rentung..


(2) Pelajar2 juga datang melawat sambil memberi sokongan kepada nasib rakannya.


(3) Segala dokumen penting dan buku2 tidak dapat diselamatkan.


(4) Api marak sampai ke pokok kelapa dan pokok mangga. Tinggi tuu..


(5)Kelihatan begitu menyayatkan hati.., pilu rasa.


Wednesday, April 22, 2009

Happy Weekend

Salam..

Hujung minggu lepas saya tak balik ke K. Ini kerna hari Sabtu..ada majlis Hari Anugerah Cemerlang.. . Patutla busy sampai tak dpt update blog, hehe. So, hubby kata dia akan mai hari Ahad..sebab nak ngok Thaqif. Hjg minggu tak ke mana dok umah aje walaupun berangan2 nak pi umah makcik ana tp hujan lebat.. so, tak jadi.

Bermula hari Isnin..masih melalui rutin harian dan semakin sibuk. Alhamdulilah..Thaqif sihat walafiat. Kalo kira2..umurnya da 2bulan 10hari. Beratnya masa 2bulan ialah 5.5kg tapi sekarang makin bertambah rasanya. Setiap hari bila nak hantar ke umah pengasuh, Thaqif akan senyum dan gelak.. bila sy berbual2 dengannya. (macam anak sy ni faham apa kucakap). Yang bestnya bila kita bercakap, dia pun mula mengagah2. Macam nak bercakap sgt da. Jadi sy meninggalkan Thaqif bersama pengasuh dgn hati yang tenang. Pengasuh pun kata..mudah jaga Thaqif ni.. , syukur alhamdulilah. (Moga Thaqif jadi anak yang baik, amin..)

Jumaat ni pas keje.. da plan nak balik K. Kalo ikutkan hati, nak drive jer sambil Thaqif dok kat car seat dia. Tp risau juga, tgah2 highway karang.. dia meragam. Saper nak pegang..? haha. So, tak perlu ambik risiko.. . My hubby dtg dgn driver dan saya dtg ambil di terminal bas. huhu. Wahh..sukanya dapat balik K. Macam budak sekolah pula..yang tak habis2 'homesick'.


(1) Thaqif kalo bab posing, tau jer camera depan mata. hehe..Cakkkk


(2) Aii..bulatnya mata. Ikut mata saper ni, hehe


(3) Pandainyer senyum..


(4) Aii..nak jalan pi maner tu..?


(5) Amboi..nyenyaknya anak ibu ni tidur dalam buai enjut sendiri.. Mimpi apa tu?

Friday, April 17, 2009

Wahai..anakku Thaqif

Assalamualaikum..

Hari ni dah masuk hari ketiga..Thaqif tinggal bersama pengasuhnya..Zie. Selama 3hari ni, Thaqif molek jer. Syukur, alhamdulilah..anakku ni tak meragam atau menangis bila tinggal dengan orang lain. Bak kata hubby.. syukur sgt anak kita ni senang nak jaga. Bila saya dengar member2 yang ada baby baru, cerita perihal ragam baby. Saya pun serun juga dengar.. . Mungkin thaqif ni tahu..mak dan abahnya..dalam keadaan begini. Tak nak susahkan mak dan abahnya.

Buat masa sekarang, jam 7pagi saya pi hantar Thaqif. 7.15pagi sampai sekolah, buat-buat kerja. Pastu, jam 1-2petang..waktu rehat..saya pi jengok thaqif di rumah pengasuh..sambil menyusukannya. Jam 4.20ptg, kalo tiada apa-apa program atau mesyuarat, saya akan ambil Thaqif. Sampai rumah..wat rutin harian sampai ke malam atau sampai Thaqif tidur dan saya pun baru leh tidur. Tengah malam atau pepagi, ada la bangun dua atau tiga kali..sebab Thaqif nak menyusu. Jam 6pagi..aku bangun siap untuk ke sekolah dan menghantar Thaqif.

Begitulah..rutin harianku..untuk masa sekarang. Moga Allah permudahkan dan berkati perjalanan kehidupan kami. Amin..


(1)Me and my baby

Thursday, April 16, 2009

Bermula Episod Kerjayaku..

Salam..

Semalam..saya sudah mula kerja.. . Bermakna sudah tamat tempoh honeymoon selama 60hari..huhu. Aduhhss.. sekejap je rasanya. Emm..sebenarnya tak sabar juga nak mulakan kerja.. tapi bila terfikir bab anak ni.. rasanya rutinku sudah sedikit berubah. Memandangkan..saya dan anak sahaja berada di daerah T sebab hubby keje di K. Kami berjumpa weekend saja jika kelapangan. Sebelum ini, saya sudah lalui 2 tahun menetap di daerah LMS di negeri Utara tanpa hubby dan famili. Ohh..begitu mencabar pengalaman yang kutempuhi. Kini..masih tidak tinggal sebumbung kerna dapat bertukar di daerah T di Pantai Timur. Beginilah..kehidupan, ada ujian dariNYA. Moga saya dapat teruskan perjuangan..dalam mencari erti kehidupan dan melayari bahtera rumahtangga. Bak kata pepatah.."Sayangkan ANAK, tangan-tangankan, Sayangkan ISTERI tinggal-tinggalkan".. hehe..ye ker?..

Hari pertama kerja..
1. Tulis buku rekod..(update)..da lama bersarang.
2. Kekawan tegur.. Emm..da kurus da, haha (senyum jer)
3. Dengar keluhan partner..(macam2 ada)
4. Teringat pada Thaqif..kat umah pengasuh. uwaaa..
5. Buat 'Executive Planner'.. (penting sgt)
6. Jumpa anak didik.. Rindunya kat korang..
7. Rileks..and steady.. Don't stress..



Thursday, April 2, 2009

Majlis Aqiqah

Assalamualaikum..

Kami telah mengadakan Majlis Aqiqah Muhammad Thaqif dan Ulfah Batrisyah di rumah keluargaku pada 21 Mac yang lalu. Oleh kerana.. dek kenduri kawin yang banyak pada siang hari di taman tu, abahku cadang wat waktu malam. Aku pun ok jer. Dari pagi sabtu hingga ke petang.. sibuk umah nak kenduri. Tapi aku sibuk jaga anak cuma sat2 jer turun bawah..tolong kat dapur. Hubby sibuk jadi partner abah memasak. Hehe.. Rajin rupenyer.. . Abah masak nasi beriani, nasi utara, kambing masak merah, ayam kurma, dalca dan ada buah tembikai serta oren. Wah..aku terbayang2 sedapnya. Tapi aku dalam pantang lagi.. hehe baru 36 hari. Terpaksa la memendam rasa walaupun ada aku terjamah sikit ayam. Huhu.. . Hah.. tak sabo nak hbis pantang.. tapi sebenarnya best juga dok dalam pantang nih.

Sebabnya.... (1) Dapat berehat 60 hari walaupun sebenarnya penat dan sibuk juga sepanjang berpantang. Ni kerana aku berpantang 8 hari di umah keluargaku, pas tu balik umah sendiri atas permintaan hubby kerana ada makcik siti nak tolong selama 2 minggu. Masuk 23hari, aku sendiri dan dibantu hubby.. menguruskan rutin harian berpantang. Hubby akan mandikan, wat susu dan tidur thaqif.. then baru pi keje. Sedang thaqif tido, aku..wat rutinku iaitu mandi air suam, bertungku, pakai barut, sarapan, makan ubat dan masak. Bila thaqif da gerak dan bangun.. aku kena la mengadapnya yang nak susu dan berteman. Tak de orang kat dengannya.. thaqif pun menangis. Huhu..
(2) Dapat makan makanan yang simple dan menguruskan badan.. macam ikan haruan panggang, ikan tenggiri dan ayam panggang atau sup. Sayur pula masak rebus je.. (sawi,carrot oren dan putih, kobis, peria) dan kailan digoreng dgn myk jagung dan halia. Tapi yang tak best, asyik kena makan nasi. Adui, lomah betui.
(3) Dapat tengok rancangan di t.v, macam2 ada walaupun astro tak de kat umah. haha.. Rancangan di stesen t.v pun da byk, ni kan nak pasang astro. Lagipun elok utk berjimat.
(4) Dapat simpan duit.. sebab kurang window shopping dan tak de nafsu nak membeli apa-apa. Fuh..bagus betul.

Gambar kat bawah ni.. sepanjang majlis kenduri aqiqah.. . Ada marhaban dan potong jambul. Syukur, makanan tidak berlebih sangat dan tak kurang.. Ramai juga yang datang.. orang surau, jiran tetangga, sedara maraku dan hubby. Syukran jazilan..pada semua yang datang.


(1) Thaqif baru mencecah usia 36 hari...,sebelum dicukur rambut.



(2) Ni la si cantik manis.. Ulfah Batrisyah..anak abg G dan K.Syam ("Cepat kit tumbuh rambut yea, baru bertambah cun..") huhu.


(3) Anak ibu..nak kena cukur rambut. Syukur..thaqif tak meragam.. Baiknyer dia.


(4) Amboi..si iqbal ni..nak 'interframe' sokmo. Pantang nampak kamera!!. Bole la jadi model muslim.


(5) Sepanjang majlis kenduri.., ramai juga yang hadir.


(6) Anak sedara serba biru: Dua heroin dan seorang hero.. Maisarah, Iqbal dan Munirah.