Monday, September 28, 2009

Mood Bekerjaaaaaaa....



Salam... Wahhhh...seminggu cuti, kejap je rasa.. ye lar..asyik keluar masuk rumah jer. Berat badan..emm..makin meningkat ker??? Bole da mula puasa 6 tu... . Sebenarnya saya tak sabau nak kerja... Em...sebabnya banyak kerja perlu diselesaikan. Surat yang datang semuanya nak 'adhoc'... memang banyak cantik..!!!!orang2 itu. hehe.

Hari ni busy...tapi esok lusa lagi busy.. jadi kena peram blog sampai hujung minggu sebab rabu ni.. saya kena pi mesyuarat B&K SBP di Hotel Quality, S.Alam. Emmm...terbuka jap minda saya ni bila da lama tak kuar berkursus atau meeting sejak awal tahun ni. Maklum la, lepas bersalinkan Thaqif..semuanya agak slow. Banyak buat kerja dalaman je. Kalau 2 tahun di Taiping dulu, saya cukup seronok sekali.. aktif dalam dan luar sekolah. Pendek kata, berkembang otak ku ni... Banyak ilmu dan pengalaman yang diperolehi.. tapi bila tahun ni..dapat tukar ke sini, jadi lain. Biasala tempat baru... budaya tempat kerja pun lain, partner pun orang lain... jadi semuanya lain.. tapi kerja tetap kerja.


Bila nak kena pi mesyuarat 3 hari ni... satu jer saya pikir? Thaqif ler. Sedih pula nak tinggalkan dia walaupun abahnya yang insyaallah akan jaga. Ini lah dugaan.. . Lagipun thaqif sekarang diserang batuk dan selsema. Bila batuk beria2, siap muntah. Tu yang kesian. Sabar je la, bila nak berjauhan dengan Thaqif ni. Dulu tak ada anak...pergi mana2..tak banyak pikir. tapi sekarang nak pergi berhari2.. pikir anak dulu. Harap semuanya selamat.

K, jumpa..lagi. Wasalam

Wednesday, September 23, 2009

SaLaM LeBaRaN

Assalamualaikum.

Hari Raya ke-4 daa..tapi belum sempat nak update blog ni. Emm..sibuk bangat dengan kerja harian. hehe.. . Tapi sebenarnya mood raya agak kurang tahun ni. Memang berbeza sangat..rasanya. Sampai..rasa biasa jer, tapi apa pun.. raya tetap raya.

1 Syawal: Pagi beraya di umah my MIL....di Sg.Isap. Then, sebelum asar terus gerak pi Johor...umah atuk.. .lagipun abah mak saya ada di johor. Best sangat dapat jumpa sedara mara. biasa ler lama tak jumpa.

3 Syawal: Gerak balik kuantan. Tinggal la atuk keseorangan.. Cedihnyer. Konvoi la dengan famili kak lin. Sampai kuantan, singgah umah pak anjang hubby, antar roadtax anaknya tapi da alang-alang..terus beraya. Pas tu, balik t.Tas. Berehat.. penat sangat layan Thaqif..mengamuk..dalam Thaqif sepanjang perjalanan dari johor ke Ktn. Malam tu ingat nak beraya umah Mak Etek tapi tuan rumah tak balik beraya lagi ke umah. Hehe.. apa lagi, jom balik beraya umah sendiri ler.

4 SyawaL: Jam 10pagi pi T.Tas.. ada semua adik beradik saya. Baru la berkumpul. Tidurkan thaqif...sebabnya baru lepas makan ubat batuk. Jam 12.30pm.. Yan 0r AiniAmin sefamili datang beraya. wahh..aufa..mesra je dengan sesapa. Ikut sape tuu? Petang tu saya dok umah jer..lagipun abah thaqif pi Mentakab.. jadi driver. jadi kami rilek jer kat umah. Tetiba datang mood..nak update..blog. Emmm..layan je lar. Jom tengok gambar raya..

Pagi raya baru ada mood nak isi duit raya.. budak kecik RM2, budak besar RM5. Bonus tarak kannn.. so, mengecil la sumbangan ikhlas saya. TQ CIMB..bagi sampul raya yang banyak tu.


Kat Bazar Ramadan di Kuantan.., berbuka puasa kat bazar.. best jugak.




Hari Raya Pertama... Thaqif...dresssing dengan baju melayu merah..bersongkok. Songkok tu abah Thaqif yang jahit.. . Thaqif dengan atuk..


Thaqif beraya umah Tok Andak kat Kluang.

Thaqif di samping MAK dan tok moyang......yang ceria


okey..jumpa lagi.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN


Tuesday, September 15, 2009

Wahhh...daa wat hal



Salam.

Adui...dui...dui, masa ni la dugaan datang. Emmm..dugaan bebenor la. Handsetku...screennya rosak ler. Nampak sangat suruh membeli yang baru (memang ada niat nak beli lain ganti yang handset nokia 3100 (lama da pakai 7 tahun tapi bateri jer yang kekadang ok dan tak ok) tapi nokia 5300 (hanset hantaran pula yang buat meragam. Lama da tak servey handset ni, agak2 ada tak handset golongan sederhana canggih dan sederhana harga??? Tapi handset sekarang da murah, pelajarku tepon canggih2... mengalah cikgu!!!! .


Adik saya kata emm...kena ganti kabel... mau rm50++... juga (emm,kalo bonus gov ada best juga tapi tahun ni kakitangan di bawah gred 41 jer dapat, huahua tak dapat bonus, sape2 yang dapat bonus tu.. bole la bagi duit raya lebih cikitttt). Emm, tapi ntah bila la siap pula tepon tu, da la sibuk-sibuk nak raya ni. Sabauuu je la.

Monday, September 14, 2009

Amboii..da 7 bulan

Assalamualaikum...
Harap kawan-kawan dan 'blogger' sihat walafiat. Pehhh..mengantuknya la. Mana taknya.., tadi sampai Temerloh jam 7 pagi. Pas tu..siap-siap kejap dan terus hantar Thaqif kat umah pengasuh dan saya terus gi tempat kerja. Kemudian, saya minta keluar dengan 'big boss' nak hantar hubby pi terminal bas dan hantar Thaqif ke klinik desa hari ni...sebab da temujanji. Betul-betul 'rushing'... hehe. Da la pose.., penat juga..tapi sabor nya..

Cuma nak maklum... Thaqif da 7bulan.. . Ada ke dia protes kat nurse tu.. sebab lama sangat dok tunggu nurse... timbang dan ukurnya. (dalam hati.. bagus2.. saya pun rasa tahan sabar jer... dengan nurse tu, klien 2 orang pun.. tapi hampir sejam tunggu, tak patut btl). Ohh..agresif sungguh dia memberontak,.... tapi rupanya2 pas tu dia senyap... hehe gaya mengantuk. Masuk kereta terus minum susu dan mata lelap. Sampai kuarters, terpaksa angkat Thaqif ke rumah pengasuh... terus masuk buai. Hehe... harap-harap tidur lena. (Thaqif kalau orang bising-bising atau ada ramai orang.. lagi la lambat dia mengantuk)..


Berat : 7.9kg
Panjang: 71cm


1) Pinjam kopiah...abah...


2) Testing....baju melayu untuk raya, jenuh mengecilkannya.. maklum la..abah beli 'ready mate'.



3) Model kopiah...gigit botol susu, hikhiksss... . Sape nak ambil saya jadi model muslim, boley hubungi saya 014... tekan-tekan tak dapat. kui..kui.

Kesimpulannya, apa jua yang ada atas kepala Thaqif, dia suka memakainya. emmmm.. good boy!..
K...selamat berpuasa dan menjalani ibadah dalam bulan Ramadhan...
Jumpa lagi. (Opppppsss.. nak buka apa hari ni?)

Tuesday, September 8, 2009

Cepattt Nyerrr...

Assalamualaikum...

Apa pula yang cepat tu...? Alahai apa lagi..., mestilah tentang anakku Thaqif ni. Usia baru 6 setengah bulan...da mula pandai berdiri. Sekarang ni nampak je..barang2 atau benda2 yang tinggi tu..semua nak capai. Bila da berdiri tu, bole pula pegang sebelah tangan sambil berdiri. Cehh wahhh!! macam da kuat sangat. Padahal.. terhoyong-hayang badan tu.., Bila da berdentum.. hehe, riuh la umah. So, saya la kena jadi pengawal peribadi atau pemerhati yang setia, hehe. Ramai orang yang jumpa Thaqif.. kata emm.. 7 atau 8 bulan ni, mesti pandai jalan da. Oh yea ke? Alhamdulilah, perkembangan semakin positif.

Tengoklah aksi keletah si kecil nih.............


1) Tengah mak sibuk kat dapur, rupanya Thaqif sibuk mengemas bakul susunya... Pandai pula duduk macam tu.. hikhiksssss.



2)Bila da pandai berdiri, baru la saya yakin nak masukkan Thaqif dalam walker ni.. Tapi tengok mood dia, kalo da tak mau, siap merengek-rengek minta didukung. Macam tak suka dok dalam walker. Nasib baik beli walker harge murah. hahaha. Aduhai Thaqif.., Mak nak wat kerja ni.


3) Emmm, tengok la tu.. berdiri la sangat.. sampai pegang sebelah tangan je. Siap berusaha untuk panjat sofa tu pula.. haha..lasak anakku ni.



4) Bukannya nak masuk 'walker' tapi nak berdiri dan tolak walker tu. Amboi, macam da pandai bertatih.. . Tak serik.. asyik nak buat lagi walaupun tak diberi kerana dikhuatiri jatuh berdentum... hehe.


p/s: Dulu.. Abah Thaqif..mula 'dapat kaki' masa usia 8 bulan..kata my MIL. Saya pula???????...




















Thursday, September 3, 2009

Imdat VS Thaqif

Assalamualaikum...

Minggu lepas.. dua orang sepupu ni berjumpa. Emm..Imdat da umur setahun 4 bulan. Emm, kurus sikit sebab sebelum ni semangat juga badannya. Ibukk (panggilan untuk bibik).. mengusik Imdat... sebab imdat ni manja. Ibu nak dukung Thaqif tapi dia yang menangis.. hehe. Em, bulan November ni, ibukk balik kampung..., baru tau..kena tinggal dengan mama. Kuiikuiii.. nangis ler budak enchem...ni.


Ooiii!!! Imdat,..ada hati nak buli adik Thaqif yea... ..:)
Thaqif merangkak mengejar kereta control abang Iqbal punye.. , ai jiwa lelaki.. suka agresif.



Tuesday, September 1, 2009

Minggu pertama..

PUASA.....

Assalamualaikum,
Seminggu berpuasa di Kuantan....syukur..alhamdulilah, tenang, aman dan damai. Ye la bersama big family.

Hari pertama: bersahur dan berbuka di rumah My MIL..
Satu famili ada...
Menu..nasi ayam, masak dodar, chempedak goreng. Alhamdulilah..mengeyangkan.

Hari ke-2: bersahur di rumah sendiri dan berbuka di rumah Abah Mak saya.
Bersama adik dan comel je.
Menu...Kari daging, Gulai tempoyak ikan patin, ulam-ulam dan kuih sagu biji (hehe abah saya yg masak).. serah pada yang PaKaR...yea.

Hari Ke-3: bersahur dan berbuka di sini juga..
Ada masakan Asam Pedas Ikan Pari, telur dadar dan buah betik.

Hari Ke-4: bersahur di sini tapi berbuka di rumah..(reti pun nak balik umah sendiri..hehe).
Mula-mula akak ipar ajak pi berbuka kat rumahnya.. tapi last minute..tak jadi pi atas sebab yang tak dapat dielakkan. So..hubby da beli..jadi saya jamah la mee rojak dan nasi ayam special (ayam besau sgt).

Hari Ke-5: bersahur dan berbuka di rumah kami.
Masak sayur campur dan ayam goreng.. .

Hari ke-6: bersahur dan berbuka ala-ala hotel di rumah kami.
Adik ipar nak berbuka kat umah kami.. jadi dialuk-alukan. Satu keluarga suami datang.
Saya masak...Asam pedas ikan merah, sayur campur udang, ayam goreng tempura.
Adik ipar masak...kari ikan tenggiri, lempong goreng, sambal ikan bilis, Roti goreng.
Akak ipar masak.. tauhu dan fish ball berkuah.
Punya la banyak lauk-pauk. Sonak perut.. Sedap belaka. Tidur kekenyangan & kepenatan.

Hari ke-7: bersahur dan berbuka di rumah my famili sebab keluarga kak Lin ada.
Menu..Ikan siakap 3 rasa, Nasi goreng kampung, Gulai lemak labu, sotong goreng, sambal belacan dan buah tembikai.
Meriah rumah..keletah anak buah 4 orang termasuk gelagat anak sendiri.

Hari ke-8: Bersahur dan berbuka di rumah sendiri.
Asalnya saya nak ikut konvoi abah balik johor (umah atuk) tapi tak kesampaian sebab hubby keje.. . Jadi masak ayam goreng, kobis goreng dan kari ikan. Simple aje.

Hari ke-9: Bersahur di rumah.. dan berbuka di rumah My MIL.
Uihhh..penat..pi Johor dengan member(balik hari)"Hubby tolong jaga Thaqif yea"..
Berbuka menu sambal hati, sambal ikan bilis, asam pedas ikan, sotong goreng kunyit, KFC dan murtabak (akak ipar yg beli).

Hari ke-10: Bersahur di rumah tapi berbuka ..di rumah Makcik di BR.
Makcik masak nasi goreng, mee goreng, kuih gulung, dan saya masak mee bandung.

Hari ke-11: ???????????????????????????????????
Kuikui...da start sekolah.. jadi berbuka dengan Thaqif sahaja.
Nak pi beli memang malas.. sebab..bukan tau pun mana yang sedap dan sukar sikit nak bawa Thaqif. Jadi kesimpulannya.. masak nasi.. lauk ayam goreng dan sayur.
Tetiba jam 6.55 petang.. ada suara kanak-kanak ketuk pintu.. Emm, tersenyum dan terharu..saya, anak k.nor pengasuh Thaqif.. bagi makanan. "Cekodok dan Sayur lemak" Emm..sedapnya cekodok tu..tgah panas makan. TQ..k,nor.

Hari seterusnya.. biasalah ..kalau saya kat Temerloh ni.. berbuka ala kadar untuk seorang yang makan. Masak simple pun tak apa, yang penting halal to'yibba dan perut kenyang.

p/s: Insyaallah balik Jumaat ni... emm, Isnin depan cuti Nuzul Al-Quran. Dapat berbuka dengan keluarga.. lagi..., sukanyer.
Harap-harap saya tak langgar pantang larang saya untuk pi PaRam tahun ni. Moga berJAYA. Bersyukur dengan juadah yang tersedia dan jangan ikutkan nafsu perut tu. Insyaallah...