Thursday, May 14, 2009

Istilah tersirat Hari IBU 10 Mei



Salam,
Agaknya da lewat sedikit untuk aku beritahu maklumat ni tapi tak pe aku teringin bagi info begini. Maksud tersirat di sebalik pengertian Hari Ibu.

Dari segi sejarah, Hari Ibu merupakan perayaan orang-orang Kristian untuk menghormati Tuhan yang dianggap sebagai ibu. Dalam ajaran Kristian, mereka mempercayai tiga Tuhan yang terdiri daripada Tuhan, ayah Tuhan dan Ibu Tuhan.

“Mungkin ramai yang tidak sedar mereka memang meraikan Hari Ibu tapi dalam masa yang sama mereka mempunyai tafsiran yang berbeza dengan ajaran kita. Hari Ibu yang disambut merupakan falsafah ketuhanan agama Kristian. Sekiranya kita turut sama meraikan hari tersebut, itu bermakna kita menyokong apa yang mereka telah sampaikan.
“Orang Malaysia mungkin tidak sedar tentang sejarah ini. Sebab itulah mereka menganggapnya satu tindakan yang baik, lebih-lebih lagi ianya berkaitan dengan ibu. Tapi sebenarnya, ianya merupakan dakwah Kristian secara bersembunyi. Mereka sengaja melalaikan kita untuk masuk ke dalam budaya mereka”. Perasaan sayang kepada ibu perlu ditunjukkan setiap hari kerana tiada istilah ‘hari ibu’ dalam Islam.

Jika kita benar-benar sayang serta menghargai ibu kita, mengapa kita perlu menunggu bulan Mei untuk meluahkan rasa sayang itu. Tiap-tiap hari adalah hari ibu, Jadi gunakanlah masa ini untuk memberi hadiah atau ucapan istimewa kepada mereka.

Oleh itu, masyarakat perlu sedar sejarah mengajar kita untuk menjadi seorang yang lebih baik. Nabi sendiri berpesan kepada umatnya untuk meneliti sejarah serta mengkaji apa yang perlu.

Wassalam

Wednesday, May 13, 2009

Heroku menjangkau usia 3 bulan






Salam..
Aduii..mataku sungguh mengantuk..pagi ini.(Pak Chu ingat aku nak amik cuti lagi, tp tidak lah sebab banyak keroje..di sekolah!). Ini kerana Thaqif meragam..malam tadi . Matanya da merah (mengantuk) nak tido tapi bila nak ditidurkan..dan sedang menyusu, menangis la pula.Bila kuar bilik, bole pula dia tengok T.V.(sebab mak chu tengok cite Intan). Mencelang biji matanya. Jam da 12tghmalam.. Mata aku masa tu rasa macam nak tutup jer. Yelah..dua malam tidur sekejap2.Maka aku masukkan Thaqif dalam buai, dia senyap jer, aku pun sorang bantal..(anggap Thaqif da lena). Hehehe

Isnin baru ni..aku amik cuti sebab Thaqif temujanji dengan nurse di Klinik Kesihatan JG, sebab nak kena inject untuk 3bulan. Seperti biasa la, kalu kena inject..pasti menangis jap. Berat Thaqif 5.8kg, Panjang 63cm. Oh,sikit jer berat badan Thaqif naik 300gm. Tapi memang aku perasan..bulan ni Thaqif kalo menyusu da tak banyak macam sebelum ni 4oz bole habis.Tak pela, janji Thaqif sihat walafiat. Balik rumah, Thaqif tidur sampai ke petang. Petang isnin, kami bergerak balik ke Kerdau. Sepanjang perjalanan, Thaqif tak mau tido..sebab nak nengok permandangan. Jenuh la ibunya memegang Thaqif hingga ke destinasi yang dituju. Sampai pun da jam 8malam.

Jam 3 pagi, Thaqif menangis.. aku rasa badannya..Panas sangat. Demam anak ku ni. Mula la, tak sedap badan dan tak lena tidur dari 3-5pagi. Disebabkan hubby ada, maka dia yang melayan Thaqif dan menyuruh aku tidur. Pepagi tu, aku dok kelam kabut juga bersiap nak pi keje. Aku kata kat hubby, pagi ni tak yah lah hantar Thaqif pada pengasuh dulu sebab badannya masih panas. Jam 10pagi aku..minta keluar jap dengan Cikgu Zamri.. . Balik umah, tengok Thaqif baru bangun dan mampu tersenyum. Ini bermakna dia sudah beransur sembuh. Sementara tu, Zie..pengasuh Thaqif datang melawat Thaqif. Katanya, anaknya nak tengok Thaqif. Hubby..da nak balik ke Ktn..sebab keje. Aku pula siapkan Thaqif dan hantar ke pengasuh. Demamnya semakin kebah.. Syukur alhamdulilah.

Insyaallah 14 Mei ni, Thaqif cukup 3 bulan. Perkembangan thaqif sekarang da meniarap. Dalam buai, bila nak tidur.. Thaqif suka nak tidur secara mengiring atau menelengkup. Gembira dan Risau je ibunya..ahaks.









Perkembangan Kanak-Kanak


Mengapa Kanak-Kanak Berbohong?

AYAH suka pakai baju dalam mama,” dengan selamba anak berusia 4 tahun bercerita sewaktu bersiar-siar di kompleks membeli-belah bersama ibunya.
”Ulang sekali lagi? Bila?,” soal ibu tidak percaya dan terkejut dengan kenyataan anak perempuannya itu.
”Ketika mama tidur,” jawabnya dan mula menjelaskan dengan teliti bagaimana pada setiap pagi Sabtu, bapanya akan menyarungkan baju dalam ibu dan melompat girang.
Kanak-kanak berkenaan bersungguh-sungguh bercerita mengenai ‘rahsia hitam’ bapanya itu sehingga ibu terpaksa berdepan dengan suaminya berhubung perkara tersebut.
Si suami yang bekerja sebagai guru sekolah bagaimanapun menafikan dia gemar ‘menggayakan’ baju dalam isterinya dan mereka berdua akhirnya ketawa besar mengenai cerita dongeng anak tersebut.

Mengapa kanak-kanak itu berbohong kepada ibunya? Sekiranya dia menipu untuk mengelak hukuman atau mendapat sesuatu, mungkin boleh diterima lagi tetapi kanak-kanak berkenaan berbohong dengan kerap sekadar suka-suka dan tidak mengaku akan perbuatannya itu. Patutkah ibu berkeras menyuruh anaknya berhenti berbohong kerana bimbang menjadi satu penyakit atau membiarkannya sahaja agar tidak menghalang kreativiti kanak-kanak itu.

Menurut pakar psikologi kanak-kanak di Potomac, Maryland, Amerika Syarikat (AS), Dr. Michael Brody, kanak-kanak tersebut tidak menghadapi sebarang masalah. Malah katanya, kebanyakan kanak- kanak tidak mengetahui perbezaan antara kebenaran dan fiksyen. Malah, pembohongan seumpama itu boleh juga dianggap sebagai petanda yang positif.
”Kanak-kanak tadika yang mempunyai IQ yang tinggi lebih berkemungkinan untuk menipu,” jelas Angela Crossman, profesor psikologi bersekutu di John Jay College of Criminal Justice di New York. Beliau yang menjalankan kajian atas topik berkenaan mendapati bahawa kecekapan berbohong pada peringkat awal boleh dikaitkan dengan kemahiran sosial yang baik apabila meningkat remaja. Tentu sahaja tidak semua pembohongan kanak-kanak itu sekadar insiden yang boleh dibiarkan begitu sahaja, lebih-lebih lagi jika anda ingin membesarkan anak yang menghargai kejujuran.
Justeru, mengetahui jenis-jenis penipuan pada setiap peringkat usia anak boleh membantu membimbing mereka ke arah mementingkan kejujuran pada usia yang sesuai.
Contohnya, sepasang kembar yang pandai menuding jari pada pasangan masing-masing jika ditanya lampin siapa yang berbau busuk. Ini kerana mereka tidak suka melalui proses remeh menukar lampin kotor, jadi secara semula jadinya mengelak dengan menipu mengenainya.

Penipuan kecil seumpama itu hanyalah permulaan. Kanak-kanak berusia dua atau tiga tahun biasanya akan membuat penipuan atau menafikan sesuatu perbuatan yang telah dilakukan sama ada untuk melepaskan diri atau mendapat ganjaran daripadanya.
Sebenarnya, ibu bapa tidak digalakkan menghukum kanak-kanak kerana ‘melencong kebenaran’ kerana mereka tidak tahu perbuatan itu adalah salah. Contohnya, apabila anak berusia dua tahun menarik ekor kucing tetapi mengatakan ‘kawan imaginasinya’ yang melakukannya, respons terbaik adalah untuk berkata kepadanya; ”Kucing juga ada perasaan,”.

Penulis buku Raising Kids With Character (Membesarkan anak dengan perwatakan), Dr. Elizabeth Berger berpendapat, jangan memulakan pergaduhan dengan anak agar dia mengakui perbuatannya itu.
”Strategi yang lebih baik adalah mengelak pertembungan. Jangan bertanya padanya, ”Kamukah yang memecahkan pasu ibu?” Sebaliknya, katakan: ”Tengok, pasu sudah pecah.”
”Jika ibu bapa membuat tuduhan dalam keadaan marah, anak-anak pasti membohong untuk melepaskan diri daripada dimarahi,” katanya.

Kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun mempunyai imaginasi yang lebih kuat dan ketika inilah mereka mengenali rakan-rakan halimunan, raksaksa bertanduk dan pelangi bercakap. Dr. Berger menjelaskan, cerita rekaan kanak-kanak tadika kadang kala boleh menjadi sekadar suka-suka atau keinginan yang mendalam. Bagaimanapun ,sekiranya anak kelihatan gembira dan mempunyai hubungan realistik dengan orang-orang penting dalam hidupnya, tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai kemahuannya berfantasi.
Dalam kes lain, Shea McMahon, 8, dan adiknya, Jack, 6, dari Austin, Texas, tidak mengaku mengambil gelang hospital adik bongsu yang baru lahir daripada kotak simpanan ibu mereka, Shannon. Shannon memujuk, memarahi dan menghukum dengan tidak memberikan sarapan kepada dua anak lelakinya itu sehingga salah seorang mengakui kesalahan mereka.

Akhirnya, Jack mengaku berbuat demikian tetapi apabila ditanya lebih lanjut mengenai gelang itu, kanak-kanak berkenaan segera menyatakan dia tidak mengambilnya tetapi mengaku kerana mahu ibunya berhenti menyoal mereka. Percubaan Jack menanggung bebanan kesalahan abangnya itu merupakan langkah tumbesaran yang penting, iaitu kebolehan berbohong ’sunat’ (white lie) atau pembohongan pro-sosial. Ia juga menunjukkan kesedaran sosial dan sensitiviti kanak-kanak itu pada awal usia.
Kajian turut mendapati kanak-kanak lima hingga lapan tahun masih sesekali berbohong untuk beberapa sebab seperti bimbang ibu bapa kecewa, hukuman yang bakal diterima atau ditekan menjangkau had (seperti melakukan kerja sekolah Matematik). Justeru, sebelum anda menghukum anak dengan menyuruhnya berkurung dalam bilik atau tidak boleh menonton TV, cuba siasat punca mengapa dia berbohong dan fahami alasannya itu.
Kanak-kanak yang sedang meningkat remaja berusia antara sembilan hingga 14 tahun pula mempunyai corak perkembangan tersendiri. Kebanyakan mereka lebih suka berahsia mengenai butiran hidup masing-masing sebelum meluahkan perasaan. Sikap ini bukan tanda ketidakjujuran atau si anak melakukan sebarang kesalahan. Sebaliknya, ia mencerminkan kematangan anak yang semakin berkembang. Dan tentu sekali jika anak diberikan lebih kebebasan disebabkan umurnya, dia mungkin akan mengambil kesempatan sekali-sekali. Pembohongan mengenai kerja sekolah, tugasan atau memberus gigi, meskipun menyakitkan hati tetapi bukanlah sesuatu yang pelik bagi kanak-kanak seusianya. Pun begitu sekiranya anak kerap membohong secara kronik, anda mungkin memerlukan bantuan profesional untuk menanganinya kerana ia mungkin disebabkan tekanan lain.

Bagi membantu mengawal keadaan ini juga, anda boleh menjadi contoh yang terbaik untuk anak atau adik anda. Jelaskan kepadanya bagaimana menipu boleh merosakkan kredibiliti seseorang dan perhubungan agar suatu hari nanti mereka akan lupa tabiat itu serta membesar menjadi orang dewasa yang jujur.

Note: Eh, Imdat si enchem anak buah mak teh ni.., da setahun 16 Mei ni. Hepi Besday to you..dan Selamat Hari Guru..(agak2nya besar nanti Imdat jadi Cikgu macam maknya..)