Saturday, April 10, 2010

Di mana Thaqif ni.....

Assalamualaikum...

Eemmmmmuahhhhhh.......sayangku..

Buat teman2... maaf kupinta. Istilah yang boleh saya katakan.. saya amat sibuk dengan rutin harian sehinggakan..saya tak terLayan dengan blog. Sebenarnya saya suka lagi serve blog daripada FB. Suka terjah blog orang..sebab bole kongsi macam-macam ilmu yang dicoretkan. Tgok gambo pun syok gak.

Tetiba hari ni ada kelapangan masa.. jadi mai la wat 'new post' yea. Emm..my hero da 1 tahun 2 bulan. Macam2 da pandai.. . Fuhhh lasak jugak.. bole kurus mama macam ni. Tak yah la gi fitness gym.. huhu
Ok..la,, layan je la gambo budak kecik yg manja la sesgt..



Sunday, January 31, 2010

AMBIL MASA

Assalamualaikum....

Suka..akan kata-kata ini...

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.

Bibliografi: Nur,Julai 09

 
Hening sungguh di ketika ini....

Emmm... 4 tahun..menuntut..

Di sinilah lahirnya PEMIMPIN...

 
 Cantik kannnnn...poster ni..
  
Pelukisnya...????

  
It's me... (moga tuan lebih berjaya dan diberkati sekeluarga)

 
PRS..sbpit 2009.. 

Moga berjumpa lagi.. insyaallah..
MamaThaqif

Tuesday, January 26, 2010

LANGKAH PERTAMA

Assalamualaikum..

Syukur alhamdulilah.. anakandaku sudah bermula langkahnya..untuk berjalan. Hampir seminggu lihat thaqif.. berjalan dgn sendiri tanpa rasa jemu. Tanpa disuruh berjalan.. heroku bangun dengan gagah..menyusuri jubin-jubin dan carpet di rumah. Suka lihat thaqif berjalan.. dan terus menuju ke bola kesayangannya.. lalu menyepak bola tersebut.. . Tanpa berlengah..Thaqif..menepuk tangan.. dan mama pun terus menyatakan.. "yey.. Thaqif pandai"... hehe.. (apa punya al-kisah ni.... hehe...)


 Saya la juara..... yahooo...
Emm..kuatnya saya...


 
Semoga bersua kembali.. insyaallah..

MamaThaqif...

Sunday, January 24, 2010

11 month


Assalamualaikum


Amat sibuk.... hehe... , beginilah kerjaya seorang guru.. . Pergi jam 7pagi balik 6petang.. tapi kekadang 'orang-orang' itu tak akan faham.. dan tak nak faham. Cehhhh wahhh..mama thaqif luahkan perasaan. Emm, tak ada apa la.. sajer je awal tahun.. bagi bikin hati panas.. arghhhh. Apa pun.. saya cuba kerja dgn sebaiknya. Bukan gilor kerja tapi.. tanggungjawab kan... so, laksanakan ia.. dgn komited la.. . Uihhh.. GC la tahun depan...kui..kui

Thaqif... da 10kg dan 78cm. Em.. semangat da. Da seminggu..gigi da tumbuh..2 batang.atas dan  2 batang bawah. Yeyy.. anak mama da makin bergaya..sebab senyum..da nampak gigi. Opppss..jangan gigit mama tau.



Rajin da berjalan (terhoyong hayang) juga lagi tapi... da boleh dari duduk dan bangun sendiri.. serta melangkah demi langkah.. then duduk semula... pendek kata.. semakin rajin berusaha. Tapi tiap hari mama akan wat latihan praktikal dengan thaqif..supaya anak mama ni..lebih luar biasa rajin..menapak..



Semasa cuti sekolah baru..ni, thaqif kamcing dengan atuk. Pantang nampak atuk.. asyik nak melekat dgn atuk. Ke mana atuk pi..asyik nak ituttttttttt.. . Ohhh..cucu atuk.. .

Sekarang dok sini dengan rakan sekerja.. emm..ramai la ibu dara si thaqif. Emm..suka la dia walaupun mama juga thaqif cari..bila da nampak.



Jumpa lagi...akan datang , insyaallah.

Mama Thaqif

Thursday, December 24, 2009

Memory at SKBL @ SKFAS...

Assalamualaikum..

Sekolah Kebangsaan Batu Lapan
Sekolah bertuah dan bersejarah
Mendidik putra putri tercinta
................ sambungkan..(sesiapa ExSKBL) hehe

Baru-baru ni...kawan satu sekolah.. telefon... " Hello...ana, wat pe petang ni? Em..nape? Jom kita pergi kenduri rumah cikgu saffiyah (rasanya betul kut ejaan nama..kalo salah..maafkan saya cikgu). Hah cikgu safiyah? Ala..cikgu sekolah batu lapan.. hehe. Ohhhh...ingat.. !. Kenduri pe? Kenduri doa selamat..Awal muharam. Emm..anak cikgu safiyah mengajar satu sekolah dengana mas. ohhh..gitu.  Dia jemput datang. Wokeh nak pi jam berapa? jam 2 petang.. beres.. nanti aku datang ambik ko kat umah... 

Emmm..al kisahnya.., detik awal muharam 1431H.. jejak kasih dengan guru..yang pernah mendidikku.. .

Cikgu yang pada fizikalnya masih sihat.. berusia 71tahun.. , saya kagum dan terharu..walaupun dulu cikgu saffiyah ni.. amat tegas orangnya...(sesiapa yang pernah kena denda..tu mmg patut pun..hehe..ayat orang yang jadi cikgu la nih...huhu. saya mmg agak cuak.. bila masa cikgu pernah masuk reliaf mengajar matematik darjah 1Maju. Tapi sesiapa anak didik 1Pintar, memang patut ziarah cikgu ni... hehe...sapa murid2 hingusan..1P..., sila mengaku.. haha.Tapi realitinya cikgu seorang yang amat memahami dan menyayangi anak dan cucunya.. . Kami...gembira sangat...bersua muka dengannya dan dijamu pula dengan juadah yang menyelerakan.


Sape paling comel....??? hahaha...


Terima kasih C.I.K.G.U... Jasamu kukenang..hingga akhir hayat. Bisikku..pada cikgu..'Saya doakan cikgu sentiasa diberkati dan dirahmati..serta dimurahkan rezeki..Allah SWT'.

Semoga bersua lagi... insyaallah.

From...Mama Thaqif...

Wednesday, December 23, 2009

Kehilangan @ Kekurangan..

Assalamualaikum....


Semalam dapat.. sms... " Ana... , kak ta dapat pindah SBPInterGom.... " , insyaallah minggu depan angkut barang". Kataku...Tahniah...kak Ta.. walaupun dalam hatiku..hilang lagi seorang kawanku di sini... emm keluhku.

Pas ni kurang da geng merewang bandar Temerloh dan makan kepok.. . Emm..apa pun kak Ta.. selamat berhijrah ke sekolah baru... dan semoga berbahagia..tinggal bersama dgn suami. Sebelum ni kita senasib..., musafir sokmo. K.ta dari Temerloh ke K.L , saya pulak..temerloh-kuantan. K.ta..semoga murah rezeki.... ada berita apa-apa, jangan lupa bagi tau ana yekssss... . Saya memahami apa yang Kak Ta rasa.... Saya empati... . Terima kasih K.ta... atas segala jasa baik... . Jangan lupa ana..kalo balik ganu.. hehe.

Semoga berjumpa lagi...

Mama Thaqif

Tuesday, December 15, 2009

Perkembangan 10 bulan...

Assalamulaikum..

Pertama sekali mohon maaf..sebab tak inform awal.. yang mama thaqif nak tukar nama blog. Em, saja je.. tapi bersebab juga.. hehe. Ok lupakan yang itu.. yang penting..blog mama thaqif masih aktif dan bukan nyawa2 ikan..macam jemari sepi...yang semakin sepi sejak morning sickness ni..tapi tetap aktif merempit dgn pakwenya dan adam.  Kesian.... . Sabar tau...adam sabar 7 tahun.., Jemari sabar 9 bulan je. hehe pandai Dr.anna.. Jgn mareeee..

14 Dec..thaqif dah capai umur 10bulan.. Bulan ni nurse kata tak yah appoinment. Nanti jumpa bulan 14 Januari. Harap2 mama berkesempatan untuk membawa thaqif bulan Januari ni.. sebab jadual keje agak padat..bila opening school. Tapi yang penting..cukup setahun.. kena inject.. haha..mama berdebar..macam mama pula kena inject..sebab mama tak berapa nak ngam dgn injection ni.. cuma wat berani jer... huahuahua.. .


1. Walaupun da 10 bulan.. Thaqif belum tumbuh gigi. Tapi sembur air liur dari umur 6 bulan lagi. (Emm,,atuk thaqif tanam..temuni dalam sangat kutt... lambat gigi tumbuh)..hehe. Tak pe, mama tak risau..sebab kurang sikit nak gigit mama.. yang selalu kena kiss dgn Thaqif bila thaqif da mamai nak tidur waktu malam.


2. Kalau mama..bercakap handset..mula la tangan dia letak kat telinga.. menunjukkan dia pun tengah bertelefon... Beli handset mainan.. emm..sekejap je layan.. Handsetnya..hanya tangannya ajer. haha..


3. Kalau mama..bertudung, tahu..da pasti nak berjalan keluar. Emm, terus sambar minta didukung... Amboiiii..


4. Sebulan..tak hantar thaqif pada pengasuh..harap2..masih kuat ingatannya pada pengasuh. Jangan tak nak dgn pengasuh..sudahlah.. . Cukuplah bercinta dgn mama satu bulan..full time. Pas ni..mama jadi part time semula. Apa-apa pun..thaqif tetap hero mama.

5. Thaqif baru pandai lepas tangan.. kalo bertatih..lama da laju. Tak pe, nanti da sampai.. playskoll walk and ride.. kita tengok cam mane.

6. Baru2..ni mama belikan thaqif..car seat baru. Car seat sebelum ni.. tak sesuai untuk thaqif. Sebab thaqif da semakin membesar. Nak bagi thaqif selesa duduk dalam GL, sebab mama selalu musafir bersama Thaqif.


7. Thaqif da mula kenal bird dan cat. Terlalu suka thaqif dengan haiwan hidup. Em, siap tarik ekor kucing. aduii..kena terkam baru tahu. Ni kat deerland.. thaqif siap nak kiss deer.. Rusa yang jinak..sampai minat kat baju..cikgu tu. hehe..cuak la tu.

Ok..semoga berjumpa lagi...

Mama Thaqif