Tuesday, September 15, 2009

Wahhh...daa wat hal



Salam.

Adui...dui...dui, masa ni la dugaan datang. Emmm..dugaan bebenor la. Handsetku...screennya rosak ler. Nampak sangat suruh membeli yang baru (memang ada niat nak beli lain ganti yang handset nokia 3100 (lama da pakai 7 tahun tapi bateri jer yang kekadang ok dan tak ok) tapi nokia 5300 (hanset hantaran pula yang buat meragam. Lama da tak servey handset ni, agak2 ada tak handset golongan sederhana canggih dan sederhana harga??? Tapi handset sekarang da murah, pelajarku tepon canggih2... mengalah cikgu!!!! .


Adik saya kata emm...kena ganti kabel... mau rm50++... juga (emm,kalo bonus gov ada best juga tapi tahun ni kakitangan di bawah gred 41 jer dapat, huahua tak dapat bonus, sape2 yang dapat bonus tu.. bole la bagi duit raya lebih cikitttt). Emm, tapi ntah bila la siap pula tepon tu, da la sibuk-sibuk nak raya ni. Sabauuu je la.

Monday, September 14, 2009

Amboii..da 7 bulan

Assalamualaikum...
Harap kawan-kawan dan 'blogger' sihat walafiat. Pehhh..mengantuknya la. Mana taknya.., tadi sampai Temerloh jam 7 pagi. Pas tu..siap-siap kejap dan terus hantar Thaqif kat umah pengasuh dan saya terus gi tempat kerja. Kemudian, saya minta keluar dengan 'big boss' nak hantar hubby pi terminal bas dan hantar Thaqif ke klinik desa hari ni...sebab da temujanji. Betul-betul 'rushing'... hehe. Da la pose.., penat juga..tapi sabor nya..

Cuma nak maklum... Thaqif da 7bulan.. . Ada ke dia protes kat nurse tu.. sebab lama sangat dok tunggu nurse... timbang dan ukurnya. (dalam hati.. bagus2.. saya pun rasa tahan sabar jer... dengan nurse tu, klien 2 orang pun.. tapi hampir sejam tunggu, tak patut btl). Ohh..agresif sungguh dia memberontak,.... tapi rupanya2 pas tu dia senyap... hehe gaya mengantuk. Masuk kereta terus minum susu dan mata lelap. Sampai kuarters, terpaksa angkat Thaqif ke rumah pengasuh... terus masuk buai. Hehe... harap-harap tidur lena. (Thaqif kalau orang bising-bising atau ada ramai orang.. lagi la lambat dia mengantuk)..


Berat : 7.9kg
Panjang: 71cm


1) Pinjam kopiah...abah...


2) Testing....baju melayu untuk raya, jenuh mengecilkannya.. maklum la..abah beli 'ready mate'.



3) Model kopiah...gigit botol susu, hikhiksss... . Sape nak ambil saya jadi model muslim, boley hubungi saya 014... tekan-tekan tak dapat. kui..kui.

Kesimpulannya, apa jua yang ada atas kepala Thaqif, dia suka memakainya. emmmm.. good boy!..
K...selamat berpuasa dan menjalani ibadah dalam bulan Ramadhan...
Jumpa lagi. (Opppppsss.. nak buka apa hari ni?)

Tuesday, September 8, 2009

Cepattt Nyerrr...

Assalamualaikum...

Apa pula yang cepat tu...? Alahai apa lagi..., mestilah tentang anakku Thaqif ni. Usia baru 6 setengah bulan...da mula pandai berdiri. Sekarang ni nampak je..barang2 atau benda2 yang tinggi tu..semua nak capai. Bila da berdiri tu, bole pula pegang sebelah tangan sambil berdiri. Cehh wahhh!! macam da kuat sangat. Padahal.. terhoyong-hayang badan tu.., Bila da berdentum.. hehe, riuh la umah. So, saya la kena jadi pengawal peribadi atau pemerhati yang setia, hehe. Ramai orang yang jumpa Thaqif.. kata emm.. 7 atau 8 bulan ni, mesti pandai jalan da. Oh yea ke? Alhamdulilah, perkembangan semakin positif.

Tengoklah aksi keletah si kecil nih.............


1) Tengah mak sibuk kat dapur, rupanya Thaqif sibuk mengemas bakul susunya... Pandai pula duduk macam tu.. hikhiksssss.



2)Bila da pandai berdiri, baru la saya yakin nak masukkan Thaqif dalam walker ni.. Tapi tengok mood dia, kalo da tak mau, siap merengek-rengek minta didukung. Macam tak suka dok dalam walker. Nasib baik beli walker harge murah. hahaha. Aduhai Thaqif.., Mak nak wat kerja ni.


3) Emmm, tengok la tu.. berdiri la sangat.. sampai pegang sebelah tangan je. Siap berusaha untuk panjat sofa tu pula.. haha..lasak anakku ni.



4) Bukannya nak masuk 'walker' tapi nak berdiri dan tolak walker tu. Amboi, macam da pandai bertatih.. . Tak serik.. asyik nak buat lagi walaupun tak diberi kerana dikhuatiri jatuh berdentum... hehe.


p/s: Dulu.. Abah Thaqif..mula 'dapat kaki' masa usia 8 bulan..kata my MIL. Saya pula???????...




















Thursday, September 3, 2009

Imdat VS Thaqif

Assalamualaikum...

Minggu lepas.. dua orang sepupu ni berjumpa. Emm..Imdat da umur setahun 4 bulan. Emm, kurus sikit sebab sebelum ni semangat juga badannya. Ibukk (panggilan untuk bibik).. mengusik Imdat... sebab imdat ni manja. Ibu nak dukung Thaqif tapi dia yang menangis.. hehe. Em, bulan November ni, ibukk balik kampung..., baru tau..kena tinggal dengan mama. Kuiikuiii.. nangis ler budak enchem...ni.


Ooiii!!! Imdat,..ada hati nak buli adik Thaqif yea... ..:)
Thaqif merangkak mengejar kereta control abang Iqbal punye.. , ai jiwa lelaki.. suka agresif.



Tuesday, September 1, 2009

Minggu pertama..

PUASA.....

Assalamualaikum,
Seminggu berpuasa di Kuantan....syukur..alhamdulilah, tenang, aman dan damai. Ye la bersama big family.

Hari pertama: bersahur dan berbuka di rumah My MIL..
Satu famili ada...
Menu..nasi ayam, masak dodar, chempedak goreng. Alhamdulilah..mengeyangkan.

Hari ke-2: bersahur di rumah sendiri dan berbuka di rumah Abah Mak saya.
Bersama adik dan comel je.
Menu...Kari daging, Gulai tempoyak ikan patin, ulam-ulam dan kuih sagu biji (hehe abah saya yg masak).. serah pada yang PaKaR...yea.

Hari Ke-3: bersahur dan berbuka di sini juga..
Ada masakan Asam Pedas Ikan Pari, telur dadar dan buah betik.

Hari Ke-4: bersahur di sini tapi berbuka di rumah..(reti pun nak balik umah sendiri..hehe).
Mula-mula akak ipar ajak pi berbuka kat rumahnya.. tapi last minute..tak jadi pi atas sebab yang tak dapat dielakkan. So..hubby da beli..jadi saya jamah la mee rojak dan nasi ayam special (ayam besau sgt).

Hari Ke-5: bersahur dan berbuka di rumah kami.
Masak sayur campur dan ayam goreng.. .

Hari ke-6: bersahur dan berbuka ala-ala hotel di rumah kami.
Adik ipar nak berbuka kat umah kami.. jadi dialuk-alukan. Satu keluarga suami datang.
Saya masak...Asam pedas ikan merah, sayur campur udang, ayam goreng tempura.
Adik ipar masak...kari ikan tenggiri, lempong goreng, sambal ikan bilis, Roti goreng.
Akak ipar masak.. tauhu dan fish ball berkuah.
Punya la banyak lauk-pauk. Sonak perut.. Sedap belaka. Tidur kekenyangan & kepenatan.

Hari ke-7: bersahur dan berbuka di rumah my famili sebab keluarga kak Lin ada.
Menu..Ikan siakap 3 rasa, Nasi goreng kampung, Gulai lemak labu, sotong goreng, sambal belacan dan buah tembikai.
Meriah rumah..keletah anak buah 4 orang termasuk gelagat anak sendiri.

Hari ke-8: Bersahur dan berbuka di rumah sendiri.
Asalnya saya nak ikut konvoi abah balik johor (umah atuk) tapi tak kesampaian sebab hubby keje.. . Jadi masak ayam goreng, kobis goreng dan kari ikan. Simple aje.

Hari ke-9: Bersahur di rumah.. dan berbuka di rumah My MIL.
Uihhh..penat..pi Johor dengan member(balik hari)"Hubby tolong jaga Thaqif yea"..
Berbuka menu sambal hati, sambal ikan bilis, asam pedas ikan, sotong goreng kunyit, KFC dan murtabak (akak ipar yg beli).

Hari ke-10: Bersahur di rumah tapi berbuka ..di rumah Makcik di BR.
Makcik masak nasi goreng, mee goreng, kuih gulung, dan saya masak mee bandung.

Hari ke-11: ???????????????????????????????????
Kuikui...da start sekolah.. jadi berbuka dengan Thaqif sahaja.
Nak pi beli memang malas.. sebab..bukan tau pun mana yang sedap dan sukar sikit nak bawa Thaqif. Jadi kesimpulannya.. masak nasi.. lauk ayam goreng dan sayur.
Tetiba jam 6.55 petang.. ada suara kanak-kanak ketuk pintu.. Emm, tersenyum dan terharu..saya, anak k.nor pengasuh Thaqif.. bagi makanan. "Cekodok dan Sayur lemak" Emm..sedapnya cekodok tu..tgah panas makan. TQ..k,nor.

Hari seterusnya.. biasalah ..kalau saya kat Temerloh ni.. berbuka ala kadar untuk seorang yang makan. Masak simple pun tak apa, yang penting halal to'yibba dan perut kenyang.

p/s: Insyaallah balik Jumaat ni... emm, Isnin depan cuti Nuzul Al-Quran. Dapat berbuka dengan keluarga.. lagi..., sukanyer.
Harap-harap saya tak langgar pantang larang saya untuk pi PaRam tahun ni. Moga berJAYA. Bersyukur dengan juadah yang tersedia dan jangan ikutkan nafsu perut tu. Insyaallah...

Saturday, August 29, 2009

Happy Family



Assalamualaikum...

Sebenarnya gambar ni..bulan Januari tahun ni... Masa tu Geng Basikal SKBL punya 'last girl'...kawin dalam geng kami. Apa lagi... serbu lar. Walaupun masa tu, depa dok gelar saya mak buyong.. kerna saya tunggu masa 2 minggu jer nak melahirkan anak. Walaupun berjauhan, kami tetap berhubung walaupun dengan SMS or calling .

1. First weeding... Nur Adlina (anak da 3 orang ... 1puteri & 2putera) tapi tetap ramping, fuyoo.
2. Ikut jejak langkah... Puan Jemari Sepi... hehe "tak ada dalam gambar.. sebab cepat noo balik umah, oit tak larinyer SDK mu tue...". (Anak sorang jer... memang Hero pun..) sila tambah lagi nyer.. jadi big famili. Mudahan-mudahan murah rezeki yea.
3. Seterusnya... Kamariah or Mas nama glamer.. dok kat rawang... (Puteri sulung).. kata cikgu ni, lambat sikit baru tambah.. yolah tue!!!.
4. Kemudian.. SAYA...,kini mempunyai (Putera sorang).. yang semakin lasak... dah pandai berdiri, merayap tok sah kata lah.. .
5. Lastly..pengantin nun di atas Dr.Khairulina dan her husband... hehe, Kini da berjangkit dengan saya...da 6bulan pun... selamat mengharunginya wahai puan doktor.. .

Bila ingat semula zaman kanak-kanak.. aduihhh best yang amat. Time raya best arrr.. . Apapun perjuangan perlu diteruskan.. wahai kawan-kawanku sekalian... Semoga semuanya bahagia sokmo dan tabah menghadapi dugaan dan ujian dari Yang Maha Esa.




Wednesday, August 19, 2009

Arahan.. TUTUP


Assalamualaikum..

Baru tadi dapat berita agak menggerunkan... 2 orang positive H1N1.
So..jam 2petang ni.. sekolah diarahkan tutup.

Emm, saya nak balik kuantan.. bestnya dapat jumpa famili. Namun begitu, pergerakkan agak terhad kerana keadaan wabak yang semakin menular. Mari kita ambil langkah-langkah pencegahan dan berdoa agar dihindari dengan wabak ini.

Kepada cikgu cikgi....
Selamat bercuti... 'Happy School Holiday' .
Umphhh.. banyak perkara perlu aku wat ni. Emm senaraikan.. macam banyak jer. Nanti citer.

Kepada semua umat ISLAM,
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak....
Selamat Berpuasa kepada muslim dan muslimat sekalian.

Buat semua Anak Malaysia...,
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52.
Aku Anak MALAYSIA...................

Jumpa lagi. Salam