Sunday, August 16, 2009

Membesar Bagaikan JUARA...

Assalamualaikum..
Wah..sungguh sunyi blogku ini untuk beberapa minggu ni. Sokmo la..jengok blog kekawan tapi blog sendiri kurang ada mood untuk mengemaskinikannya.. . Tapi tak pe..hari ini ada ruang dan mood juga.. bole la nak sosek-sosek sikit.


(Suke sangat dia.... apa yang kelakar sangat tu... hehe)
14 Ogos baru-baru ni..Thaqif sudah berusia 6bulan. Bawa Thaqif pi jalan-jalan ke klinik desa.. haha.. buat apa lagi, bagi hadiah wajib ler. Temujanji next week untuk injection tapi memandangkan kami berdua tak balik ktn hari ni, maka saya bawa Thaqif pi inject. Menangis juga sikit.. Normal ler tu kata doktor. Tapi kalo baby kena inject tak nangis langsung.. maka tak normal.. . Uihhh..salah tanggapanku rupanya. Ingatkan kalo tak nangis tu.. normal dan amat kuat antibodinya.. .


Thaqif da makan nestum dan bubur sejak 5 bulan. Bukan apa, atas nasihat doktor sebab banyak sangat minum susu.. macam tak kenyang-kenyang. Tidur kurang lena (10minit jer, pas tu da celik mata..apa ke hal anakku ni??) mungkin sebab perut cepat lapar kerana minum susu jer. Maka bermulala episod memasak bubur dan menyediakannya setiap hari. Saya perlu buat menu kreatif.. . Kekadang saya suka wat bubur kurma kismis, bubur carrot/kentang tambah daging atau ayam atau ikan terpilih shj. Semuannya diblender. Jadi setiap hari menu yang berbeza.. Tanda-tanda Thaqif da kenyang.. dia akan sembur bubur dalam mulut tu, emm petanda da tak mau lagi. Aduii.. . Kekadang bagi yogout buah-buahan sikit dan air buah oren atau air anggur hitam. Suka jer... cuma sekali seminggu jer. Untuk menghilangkan rasa jemu Thaqif pada makanan atau minuman yang sama atau luntuk lawas b.o.


Perkembangan Muhammad Thaqif..kini

Berat:7.3kg
Panjang:67cm

BMI untuk umur: 18.5
Lilitan kepala: 43cm

1. Meniarap dan menelentang dengan aktif.

2. Step untuk merangkak da semakin positif.

3. Dari step merangkak, terus nak duduk tapi masih menyenget lagi. huhu

4. Suka tido menelungkup atau mengiring. Da tak berapa suka tidur dalam buai kerana suka tido atas tilam sebab boleh golek-golek.. Em, jangan terlentang atas simen sudah ler..


5. Suka jelajah satu rumah.. pendek kata kena sentiasa awasi pergerakkannya.
6. Pandai menyebut suku kata.. Ba..ba dan ma..ma
7. Baru potong rambut tepi dan belakang oleh penggunting rambut yg kurang professional tapi arif dalam pengguntingan baldu songkok. hahaha.. sapa tuee? Pengasuh thaqif tanya " Lor tak comel da thaqif..!!! Sape gunting rambut Thaqif?.. ohhh sila jawab Yang Arif..
8. Thaqif kurang berminat dengan golongan perempuan.. lagi2 yang kurang dikenali atau kurang berjumpa. Siap menangis.. hehe, apalah hero ni. Tapi dengan pengasuh.. nasib baik okey dan tak menangis ditinggalkan hampir seharian setiap hari bekerja.
9. Sekarang saya da boleh drive bawa Thaqif balik dan pergi ke ktn-temerloh. Thaqif akan bermain sendiri atau tidur dalam car seat. Pandainyer.. Jangan meragamnya..
10. Thaqif da bermula untuk memakai CD. Belajor untuk kurangkan dan terus Tidak memakai pampers. Save budget.Insyaallah.

Naper pula Thaqif tidur dalam kat bilik saya??? Cian dia..kena bawa ke tempat kerja saya coz pengasuh lamanya minta cuti sehari. EMMM..tapi kini Thaqif ada pengasuh baru. Salah satu sebab tukar pengasuh.. adalah dekat dengan rumah.. Tak perlu berangkut Thaqif dan barang2 ke kereta lagi pada setiap pergi dan balik. Harap2 Thaqif dan pengasuh ..berada dalam keadaan baik.





2 comments:

desperate mama said...

ni syiok ni jumpa mama cd....

kak anna bg thaqif pakai cd brand apa?

fidza setakat ni try dua je... BG ngn crazymommy...

teringin gak try yg lain... tp takut tak best...

Anna said...

to:Fidza
Salam. Emm..mama cd part time jer. hihiks. Brand Coolababy dan Babyland. Okey jer. Bila tak kerja, bole la jadi mama CD FULL TIME. hahah..