Wednesday, May 13, 2009

Heroku menjangkau usia 3 bulan






Salam..
Aduii..mataku sungguh mengantuk..pagi ini.(Pak Chu ingat aku nak amik cuti lagi, tp tidak lah sebab banyak keroje..di sekolah!). Ini kerana Thaqif meragam..malam tadi . Matanya da merah (mengantuk) nak tido tapi bila nak ditidurkan..dan sedang menyusu, menangis la pula.Bila kuar bilik, bole pula dia tengok T.V.(sebab mak chu tengok cite Intan). Mencelang biji matanya. Jam da 12tghmalam.. Mata aku masa tu rasa macam nak tutup jer. Yelah..dua malam tidur sekejap2.Maka aku masukkan Thaqif dalam buai, dia senyap jer, aku pun sorang bantal..(anggap Thaqif da lena). Hehehe

Isnin baru ni..aku amik cuti sebab Thaqif temujanji dengan nurse di Klinik Kesihatan JG, sebab nak kena inject untuk 3bulan. Seperti biasa la, kalu kena inject..pasti menangis jap. Berat Thaqif 5.8kg, Panjang 63cm. Oh,sikit jer berat badan Thaqif naik 300gm. Tapi memang aku perasan..bulan ni Thaqif kalo menyusu da tak banyak macam sebelum ni 4oz bole habis.Tak pela, janji Thaqif sihat walafiat. Balik rumah, Thaqif tidur sampai ke petang. Petang isnin, kami bergerak balik ke Kerdau. Sepanjang perjalanan, Thaqif tak mau tido..sebab nak nengok permandangan. Jenuh la ibunya memegang Thaqif hingga ke destinasi yang dituju. Sampai pun da jam 8malam.

Jam 3 pagi, Thaqif menangis.. aku rasa badannya..Panas sangat. Demam anak ku ni. Mula la, tak sedap badan dan tak lena tidur dari 3-5pagi. Disebabkan hubby ada, maka dia yang melayan Thaqif dan menyuruh aku tidur. Pepagi tu, aku dok kelam kabut juga bersiap nak pi keje. Aku kata kat hubby, pagi ni tak yah lah hantar Thaqif pada pengasuh dulu sebab badannya masih panas. Jam 10pagi aku..minta keluar jap dengan Cikgu Zamri.. . Balik umah, tengok Thaqif baru bangun dan mampu tersenyum. Ini bermakna dia sudah beransur sembuh. Sementara tu, Zie..pengasuh Thaqif datang melawat Thaqif. Katanya, anaknya nak tengok Thaqif. Hubby..da nak balik ke Ktn..sebab keje. Aku pula siapkan Thaqif dan hantar ke pengasuh. Demamnya semakin kebah.. Syukur alhamdulilah.

Insyaallah 14 Mei ni, Thaqif cukup 3 bulan. Perkembangan thaqif sekarang da meniarap. Dalam buai, bila nak tidur.. Thaqif suka nak tidur secara mengiring atau menelengkup. Gembira dan Risau je ibunya..ahaks.









6 comments:

Tirana said...

Alahai...comelnya baby...

Anonymous said...

Makin gebu la Thaqif ni... comel sungguhlaa :)

Ida Raja Idris said...

huihhh....byk nye pic thaqif!!hensem nih dah besar nanti!!!=)

Anna said...

hAI TIRANA.. tq ziarah blog. Hilang penat bila menatap wajah anak sendiri.

Anna said...

Salam. ainiamin.. . Gebu la sebab maknya tiap masa cium.. haha.

Anna said...

Hai, ida. Wah..best la ko da dok umah sendiri. Nanti umah da siap decorate.. jgn lupa jemput mai umah. haha.. . Bole thaqif jumpa dina.. mana tau berjangkit pula dapat boy pas ni. ekekek