Abah..walaupun diberi rehat.. tapi masih ingin melakukan sesuatu.. . Tak kenal erti penat dan jemu walaupun sudah berusia 64tahun... . Bertanggungjawab, Pengorbanan, Penat Lelah dan Tegas. Itulah kata-kata yang dapat menggambarkan insan yang bergelar bapaku.
Inilah gaya ABAH Thaqif kalo berjumpa hujung minggu.... dgn anaknya yang sorang ni. Semoga abang menjadi Bapa Mithali.. .
Pembacaanku menemukan sejarah kewujudan Hari Bapa. Mengikut sejarah, Hari Bapa dikesan sejak tahun 1839 bagi mengenang kematian 123 lelaki dalam peperangan Iransop. Hari Bapa pada zaman moden mula diadakan pada 5 Julai 1908 di Fairmont, West Virginia, USA sebagai satu acara keagamaan dalam agama Kristian, hasil asperasi sambutan Hari Ibu.
Hari Bapa digerakkan sebagai sambutan sedunia apabila Sonora Smart Dodd mengadakan sambutan ulang tahun pada tahun 1910 bagi mengenang bapanya, William Jackson Smart, seorang veteran Perang Saudara Amerika Syarikat yang secara bersendirian membesarkan enam orang anaknya. Tarikh yang dipilih sebagai Hari Bapa yang pertama diadakan secara rasmi ialah pada 19 Jun 1910.
Bunga ros diiktiraf sebagai bunga rasmi Hari Bapa. Warna merah dipilih untuk bapa yang masih hidup, sementara warna putih untuk bapa yang sudah meninggal dunia.
Apa pun, Hari Bapa bukan tradisi masyarakat Melayu. Hari Bapa juga bukan tuntutan dalam agama Islam. Namun begitu, umat Islam sentiasa diajar untuk terus menerus mentaati, menghormati dan menghargai kedua-dua ibu dan bapa sepanjang masa tanpa mengira hari dan waktu.
Dalam budaya Melayu, ada satu peribahasa yang amat berkaitan, iaitu "Sayangkan isteri, tinggal tinggalkan, sayangkan anak, tangan tangankan". Peribahasa ini seolah-olah memberi saranan bahawa seorang bapa yang baik ialah seorang lelaki yang mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi terhadap isteri dan anak-anak, yang bersedia keluar rumah untuk mencari rezeki dan mengajar anak-anak melalui pengajaran yang agak keras disiplinnya. Ungkapan "tinggal tinggalkan" dan "tangan tangankan" itu bagi tidak menunjukkan makna "keterlaluan", tetapi lebih merujuk kepada aspek pengajaran yang terancang dan sistematik.
Nampakanya saranan ini semacam ada persamaan dengan maksud Hadis Nabi dalam konteks mendidik anak-anak untuk bersolat. Ada unsur pendidikan yang terancang dan sistematik. Begitukah?
Namun begitu, saya tetap teringat bapaku Haji Arshad, yang didikannya kadang kala autoritarian dan autoritatif itu telah menghasilkan seorang anak bernama Ana Afzan dan 6 orang adik beradik seperti yang lahir dengan agak sederhana dalam kehidupan yang dinikmatinya kini. Hasil daripada Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian.. Saya bersyukur kepada Allah SWT, kini saya mempunyai pendidikan, pekerjaan dan keluarga. Saya amat menghargai dan menghormati peranannya dalam hidupku.
Tidak lupa juga kepada bapa mertua saya.. Encik Adnan @ Azman. Semoga kalian dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kegembiraan serta dimurahkan rezeki. Saya hadiahkan Al-Fatihah kepada semua kaum bapa yang telah pergi menemui Illahi. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.