Assalamualaikum..
Kami telah mengadakan Majlis Aqiqah Muhammad Thaqif dan Ulfah Batrisyah di rumah keluargaku pada 21 Mac yang lalu. Oleh kerana.. dek kenduri kawin yang banyak pada siang hari di taman tu, abahku cadang wat waktu malam. Aku pun ok jer. Dari pagi sabtu hingga ke petang.. sibuk umah nak kenduri. Tapi aku sibuk jaga anak cuma sat2 jer turun bawah..tolong kat dapur. Hubby sibuk jadi partner abah memasak. Hehe.. Rajin rupenyer.. . Abah masak nasi beriani, nasi utara, kambing masak merah, ayam kurma, dalca dan ada buah tembikai serta oren. Wah..aku terbayang2 sedapnya. Tapi aku dalam pantang lagi.. hehe baru 36 hari. Terpaksa la memendam rasa walaupun ada aku terjamah sikit ayam. Huhu.. . Hah.. tak sabo nak hbis pantang.. tapi sebenarnya best juga dok dalam pantang nih.
Sebabnya.... (1) Dapat berehat 60 hari walaupun sebenarnya penat dan sibuk juga sepanjang berpantang. Ni kerana aku berpantang 8 hari di umah keluargaku, pas tu balik umah sendiri atas permintaan hubby kerana ada makcik siti nak tolong selama 2 minggu. Masuk 23hari, aku sendiri dan dibantu hubby.. menguruskan rutin harian berpantang. Hubby akan mandikan, wat susu dan tidur thaqif.. then baru pi keje. Sedang thaqif tido, aku..wat rutinku iaitu mandi air suam, bertungku, pakai barut, sarapan, makan ubat dan masak. Bila thaqif da gerak dan bangun.. aku kena la mengadapnya yang nak susu dan berteman. Tak de orang kat dengannya.. thaqif pun menangis. Huhu..
(2) Dapat makan makanan yang simple dan menguruskan badan.. macam ikan haruan panggang, ikan tenggiri dan ayam panggang atau sup. Sayur pula masak rebus je.. (sawi,carrot oren dan putih, kobis, peria) dan kailan digoreng dgn myk jagung dan halia. Tapi yang tak best, asyik kena makan nasi. Adui, lomah betui.
(3) Dapat tengok rancangan di t.v, macam2 ada walaupun astro tak de kat umah. haha.. Rancangan di stesen t.v pun da byk, ni kan nak pasang astro. Lagipun elok utk berjimat.
(4) Dapat simpan duit.. sebab kurang window shopping dan tak de nafsu nak membeli apa-apa. Fuh..bagus betul.
Gambar kat bawah ni.. sepanjang majlis kenduri aqiqah.. . Ada marhaban dan potong jambul. Syukur, makanan tidak berlebih sangat dan tak kurang.. Ramai juga yang datang.. orang surau, jiran tetangga, sedara maraku dan hubby. Syukran jazilan..pada semua yang datang.

(1) Thaqif baru mencecah usia 36 hari...,sebelum dicukur rambut.

(2) Ni la si cantik manis.. Ulfah Batrisyah..anak abg G dan K.Syam ("Cepat kit tumbuh rambut yea, baru bertambah cun..") huhu.

(3) Anak ibu..nak kena cukur rambut. Syukur..thaqif tak meragam.. Baiknyer dia.

(4) Amboi..si iqbal ni..nak 'interframe' sokmo. Pantang nampak kamera!!. Bole la jadi model muslim.
(5) Sepanjang majlis kenduri.., ramai juga yang hadir.

(6) Anak sedara serba biru: Dua heroin dan seorang hero.. Maisarah, Iqbal dan Munirah.